Elvina Tarik Diri, Enggan Lakon Babak Lebih Batas

Hasrat pelakon Datin Elvina Mohamad untuk kembali aktif berlakon selepas sekian lama berehat tidak kesampaian apabila dia mengambil keputusan menarik diri daripada sebuah telemovie pada saat akhir.

Menurut Elvina, keputusan itu dibuat selepas dia tidak mencapai kata sepakat dengan pihak produksi berhubung beberapa babak yang disifatkannya tidak selari dengan prinsip serta tahap keselesaannya sebagai pelakon.

“Sepatutnya lusa dah nak masuk set penggambaran untuk telemovie. Memang teruja sebab sudah lama tidak berlakon, tapi akhirnya tidak jadi.

“Pengarah, penerbit dan stesen TV tetap mahu buat babak yang bagi saya agak keterlaluan,” katanya menerusi Threads.

Elvina berkata, dia sebenarnya telah cuba mencari jalan tengah dengan mencadangkan beberapa alternatif termasuk mengubah skrip atau menggunakan teknik kamera bagi mengelakkan babak tersebut dilakukan secara langsung.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak diterima oleh pihak produksi.

“Ada babak kena dukung, ada satu lagi babak yang saya memang tidak selesa langsung dan agak keterlaluan.

“Bila saya minta untuk tukar skrip atau guna trik kamera, katanya tidak boleh,” jelasnya.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, setiap individu mempunyai batas tersendiri dan dia memilih untuk mempertahankan pendiriannya walaupun terpaksa melepaskan peluang berlakon yang dinanti-nantikan.

“Pada akhirnya, saya ada batas sendiri dan ada perkara yang saya tidak selesa untuk lakukan.

“Jadinya, tidak mengapalah, mungkin watak itu bukan untuk saya. Ada rezeki lain, insya-Allah,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong keputusan Elvina untuk mempertahankan prinsip diri meskipun terpaksa menolak tawaran lakonan yang diterima.



0 Comments

|

4 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content