Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Uqasha Senrose, mendedahkan keganasan rumah tangga termasuk memukulnya ketika hamil antara punca yang mendorong aktres itu memfailkan perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli.
Uqasha, 33, berkata, penderaan itu sudah berlarutan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka walaupun ketika sarat hamil sehingga selepas dikurniakan cahaya mata.
"Saya cuba untuk bertahan kalau dia naik tangan, naik kaki, maki hamun, tengking dan tinggi suara serta berkasar tolak-tolak badan.
"Tapi apabila adanya Uqaira (anak), dia masih juga dengan perangai sama malah dalam keadaan mengandung pun dia kasari saya.
"Sampai bila? Daripada mengandung kena tolak, sarat hamil tujuh bulan pun kena tarik rambut dan macam-macam lagi. Kenapa saya minta cerai? Perempuan takkan minta cerai kalau tiada ada apa-apa sebab yang munasabah.
"Kerana pentingkan anak dan kesihatan mentalnya yang masih kecil (dan) melihat ibunya ditengking, saya teruskan minta cerai," katanya yang menangis selepas prosiding laporan Jawatakankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Uqasha yang ditemani peguam syarie, Muhammad Syazmee Sapian menjelaskan keputusan untuk berdiam diri dengan tidak mendedahkan kepada umum berhubung keganasan dilalui adalah demi menjaga aib.
"Saya ada bagitahu keluarganya yang saya dipukul. Keluarganya kata, 'mungkin ini cara kalian berbahagia'. Saya ada juga maklumkan kepada ibu mentua, namun dia minta saya terus bersabar.
"Kenapa saya minta cerai secara baik tak nak selesaikan? Saya tak nak bagi tahu benda ini (pukul). Kalau ini yang kalian ingin tahu, inilah dia. Saya diam, saya pendam, saya jaga (aib)," ujarnya.
Sementara itu, peguam sivil mewakili Uqasha, Asheeq Ali Seth Alivi memaklumkan anak guamnya sudah membuat empat laporan polis berhubung dakwaan dikasari.
"Arahan yang kami terima adalah kita akan teruskan untuk ambil tindakan yang sewajarnya melalui PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan juga proses Mahkamah Sivil.
"Buat pengetahuan media, daripada pihak Uqasha, empat laporan polis telah difailkan. Tiga laporan difailkan Uqasha manakala satu lagi dibuat ibu Uqasha.
"Semua laporan melibatkan aduan daripada Uqasha bahawa dia didera dan dipukul. Dinaik tangan, dinaik kaki. Untuk seterusnya, kita biarkan polis menjalankan siasatan.
"Kepada sesiapa yang tak bersetuju atau tak puas hati, atau mengatakan apa didakwa Uqasha tadi fitnah, mohon failkan saman fitnah terhadap Uqasha, hantar ke pejabat saya," katanya.

Tidak lagi berdiam diri, aktres Uqasha Senrose mendakwa suaminya juga pelakon Kamal Adli gagal menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah mencukupi buatnya dan anak sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata terpaksa bekerja keras bagi menanggung keperluan keluarga terutama bagi membeli susu serta lampin pakai buang untuk Hawra Uqaira.
"Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah (mencukupi).
"Itu (hal) yang saya tak sentuh lagi. Kalian kata kononnya dia bekerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau.
"Tak! Saya cari, saya bekerja cari duit saya sendiri," katanya yang mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas laporan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Pelakon drama Isteri Halal itu berkata, segala keperluan anak mereka juga ditanggungnya sendiri sejak dilahirkan sehingga kini hampir mencecah usia dua tahun.
"Saya yang besarkan Uqaira, saya beli bajunya sampailah dia besar sekarang.
"Diapers (lampin), susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu," ujarnya
Pada masa sama, Uqasha menafikan dakwaan Kamal ketika di dalam kamar mahkamah yang menyatakan dia mempunyai masalah mental.
"Kalau saya tak waras, saya tak jaga anak saya sendirian. Kenapa saya susah nak bagi anak saya dekat dia pun, ada sebabnya," katanya.

Hari ini, prosiding permohonan perceraian yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober lalu kini melalui proses JKP dan hakim syariah melantik hakam (penimbang tara) untuk prosiding pada 12 Januari tahun depan.
Terdahulu, Uqasha yang bergelar isteri kepada Kamal pada 4 November 2021 memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 1 Oktober lalu.
Perkahwinan mereka diserikan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|168 Views
No Comments yet
Be the first to comment.