Emylia Rosnaida Tampil Beri Reaksi Selepas Dilabel 'Penyondol'

Pelakon Datin Emylia Rosnaida memilih untuk tidak melayan spekulasi yang mengaitkannya dengan keruntuhan rumah tangga pertama suaminya, Datuk AC Mizal, susulan dakwaan tular dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

Kontroversi tersebut tercetus selepas potongan video temu bual Emylia dalam sebuah program audio siar tersebar di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang melabelnya sebagai 'penyondol', Emylia atau nama penuhnya Emylia Rosnaida Abdul Hamid, 50, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut.

“No komen, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Emylia berkongsi kisah awal perkenalannya dengan AC Mizal menerusi program audio siar Too Pretty To Handle.

Dalam perbualan tersebut, dia menceritakan bagaimana AC pernah membantunya ketika mengalami pening kepala sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama. Menurut Emylia, tindakan prihatin AC yang memberikan ubat kepadanya menjadi salah satu detik yang meninggalkan kesan di hati.

Namun, perkongsian berkenaan menimbulkan salah faham dalam kalangan segelintir netizen yang mendakwa hubungan mereka bermula ketika pengacara dan pelakon itu masih berstatus suami kepada wanita lain.

Susulan itu, ruang komen media sosial dipenuhi pelbagai andaian dan tuduhan yang dibuat tanpa merujuk keseluruhan kandungan audio siar berkenaan.

"Macam mana dia (Emylia) boleh teruja cerita momen perkenalan dengan AC padahal masa itu AC suami orang?

"Cerita penyondolan bermula," tulis netizen.

Bagaimanapun, menerusi rakaman penuh program tersebut, AC menjelaskan bahawa perkenalannya dengan Emylia berlaku kira-kira setahun selepas perceraiannya dengan bekas isteri.

Untuk rekod, Emylia dan AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien, 23, serta Fea Eryssa, 18.

Sebelum itu, AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001. Hasil perkahwinan tersebut, mereka turut dikurniakan dua orang anak lelaki.


Sumber: mStar




0 Comments

|

4 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content