Enggan Preloved Baju Anak, Intan Najuwa Terima DM Tak Puas Hati Dari Pengikut Media Sosial

Hanya kerana enggan memberikan baju anak sulungnya sebagai hadiah kepada peminat, pelakon Datin Intan Najuwa menerima pelbagai reaksi kurang menyenangkan daripada pengikut media sosial.

Intan atau  Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia membuat keputusan tersebut kerana setiap pakaian itu mempunyai nilai sentimental yang terlalu mendalam sebagai seorang ibu.

"Alamak, ramai juga yang mesej peribadi (DM) saya marah sebab saya tak nak jual preloved baju-baju Lunara atau buat giveaway baju Lunara.

"Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk saya menggembirakan orang selain memberikan baju-baju anak saya. Saya yakin ada ibu-ibu yang faham perasaan ini dan tahu apa yang saya cuba sampaikan," katanya menerusi hantaran di Instastory.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memuat naik DM dari peminatnya yang seakan-akan mendesak dirinya untuk menjual pakaian Lunara.

Menurut Intan, setiap pakaian yang dibeli untuk Lunara mempunyai kenangan kerana dia sendiri meluangkan masa memilih setiap helaian dengan penuh kasih sayang dan keterujaan.

Malah, dia akan berasa sedih sekiranya pakaian tersebut diberikan kepada orang lain kerana tidak dapat mengulang kembali kenangan proses pembesaran anaknya.

"Ini bukan tentang duit langsung. Ini tentang kenangan, usaha, masa, dan perjalanan ke sana-sini semata-mata nak pilih setiap helai untuk bayi saya dengan penuh kasih sayang dan rasa teruja. 

"Setiap outfit ada kenangan yang berbeza untuk saya. Sebab itu saya tak sanggup lepaskan nilai sentimental itu begitu saja, sebab sejujurnya ia akan buat saya sangat sedih," luahnya.

Bukan itu sahaja, Najwa berkata baju-baju anaknya itu juga mengingatkan dia kenangan menjadi seorang ibu buat kali pertama.

"Ada baju yang mengingatkan saya pada waktu Lunara baru lahir, ada juga yang mengingatkan saya pada momen-momen yang tak mungkin boleh diulang kembali. 

"Bagi sesetengah orang mungkin itu cuma pakaian, tapi bagi saya itu sebahagian daripada perjalanan menjadi seorang ibu dan kenangan yang saya nak simpan sampai bila-bila," ujarnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun dan dia juga sedang hamil anak kedua.



0 Comments

|

12 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content