Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan

Selepas tiga tahun berjuang, pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan nafkah anak akhirnya berpihak kepada dirinya.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Selasa memutuskan bekas suaminya iaitu Adam Shahz mampu untuk memberikan nafkah selain menanggung yuran sekolah anak mereka, Ivy Herra Sophia.

"Hak sentiasa ada, bukan sesuatu yang perlu diminta. Kini ia dipenuhi.

"Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya. Tidak lagi bergantung kepada ibu saja.

"Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Melihat dan Maha Adil," luahnya dalam satu hantaran di Thread.

Dalam pada itu, Fatin berkata proses yang dilalui bagi mendapatkan hak untuk anaknya itu bukan sesuatu yang mudah, namun kini dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

"Tiga tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah dua tahun, ulang-alik mahkamah.

"Aku bertahan, aku berjuang untuk anak perempuanku Ivy. Hari ini mahkamah sendiri kata dia mampu," luahnya.

Pada 2024 lalu, Fatin bertindak menuntut kenaikan nafkah anak daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Meskipun Adam tidak culas dalam membayar nafkah anak mereka, namun bekas suaminya itu didakwa enggan membayar yuran persekolahan Ivy.

Adam bagaimanapun menjelaskan dia tidak mampu membayar seperti diminta dan mendakwa jumlah nafkah itu terlalu tinggi.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Fatin kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff pada Disember 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: mStar



0 Comments

|

25 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content