Hannah Delisha Dedah Keguguran Pada Minggu Ke-12, Jantung Bayi Tiba-Tiba Terhenti
- #tempatan
- #hiburan
- #singapura
- #pelakon
- #selebriti
- #jantungbayiberhenti
- #kongsidetikpilu
- #keguguran
- #kosmoonline
- #hannahdelisha
Pelakon Hannah Delisha buat pertama kali berkongsi pengalaman menyayat hati apabila kehilangan kandungan sulungnya ketika usia kehamilan mencecah 12 minggu.
Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, berita duka itu diterimanya ketika hadir ke pemeriksaan rutin yang pada awalnya dinanti dengan penuh keterujaan untuk mendengar degupan jantung bayi mereka.
“Saya dapat tahu saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12, saya keguguran.
“Minggu ke-12 juga saya dapat tahu jantung bayi sudah tiada. Pertama kali juga saya masuk hospital lama dan melalui pembedahan DNC.
“Momen dalam hospital sangat ‘down’ sebab siapa nak masuk hospital dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan,” katanya dalam sebuah audio siar.
Pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu berkata, kunjungan ke klinik pada hari berkenaan sepatutnya menjadi detik istimewa buat dia dan suami, Imam Shah, namun bertukar menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
“Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada ketika pertama kali mahu mendengar jantung bayi kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar.
“Itu kali kedua berjumpa dengan doktor dan saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi,” ujarnya.
Menurut Hannah, dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat perubahan riak wajah doktor yang sedang memeriksa kandungannya sebelum petugas perubatan lain dipanggil untuk membuat pengesahan.
“Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya muka dia tiba-tiba berubah.
“Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut.
“Dia cakap ‘Hannah, Imam, kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti’,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hannah berkata kehilangan tersebut bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada dirinya, malah turut dirasai suaminya yang cuba tabah menghadapi dugaan berkenaan.
“Imam sangat ‘down’ ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat dan itu satu benda buat saya lagi sayang Imam.
“Dia nampak sangat sedih cuma tak tunjuk. Dia pun minta maaf juga tapi saya cakap tidak perlu benda dah jadi,” tuturnya.
Sebelum ini, Hannah pernah berkongsi mengenai pengalaman keguguran yang dialaminya serta harapan untuk bertemu kembali dengan anaknya di syurga kelak.
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 37, pada 18 Februari 2021.
Sumber:Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|4 Views
No Comments yet
Be the first to comment.