Hans Isaac Yakin AI Bantu Percepat Produksi Filem

Industri kreatif tidak perlu takut dengan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), sebaliknya melihat ia sebagai alat yang mampu membantu mempercepatkan proses produksi dan memberi manfaat kepada penggiat seni.

Pengerusi , berkata, teknologi AI tidak akan menggantikan tenaga kerja manusia kerana masih memerlukan kepakaran individu kreatif dalam penghasilan kandungan.

Menurutnya, penggunaan AI juga berpotensi memendekkan tempoh penggambaran sekali gus membantu penjimatan kos produksi.

"Ada orang dalam industri takut dengan AI sebab mereka fikir teknologi ini akan ambil alih pekerjaan.

"AI masih menggunakan individu kreatif dan pakar industri. Cuma kalau dulu penggambaran ambil masa 100 hari, dengan AI kita boleh pendekkan kepada 60 hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program kerjasama FINAS bersama TikTok di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, pada Ahad.

Tambah Hans, penjimatan kos tersebut boleh dimanfaatkan semula untuk meningkatkan bayaran serta kebajikan kru produksi.

"Bila kos dapat dijimatkan, lebihan bajet itu boleh digunakan untuk tingkatkan gaji pekerja produksi. Itu yang kita mahu bantu industri," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, FINAS dan TikTok Malaysia turut menjalinkan kerjasama strategik menerusi penyerahan Letter of Intent (LoI) bagi memperkukuh ekosistem kandungan digital tempatan.

Majlis berkenaan turut dihadiri sempena Program Belia Kreatif Komuniti MADANI dan penutupan Hari Belia Negara 2026 peringkat Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Fahmi turut mengumumkan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta menerusi FINAS yang terbuka kepada syarikat tempatan dan organisasi belia yang layak.

Menurut beliau, dana tersebut meliputi lima kategori utama penerbitan iaitu telefilem, dokumentari, filem pendek, dokumentari pendek dan animasi.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content