Hidup penuh warna, Nora Danish akui masih terbuka mengenal cinta

Pelakon terkenal, Nora Danish mengakui sudah lali dengan pandangan serta komen warganet setiap kali berkongsi mengenai hal peribadi di laman sosial.


Nama Nora baru-baru ini kembali menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan personaliti media sosial, Mickey Ayo, selepas beberapa hantaran mereka mencetuskan spekulasi di kalangan peminat.


Namun bagi Nora, pendedahan di media sosial bukan sesuatu yang harus ditakuti selagi seseorang itu tahu risikonya.




"Saya sebenarnya faham je pandangan peminat yang sentiasa memerhati dan mahukan yang terbaik untuk kita. Bila kita share tu, saya tahu akibatnya," katanya dalam sebuah rakaman temu bual.


Tambah pelakon Puteri itu lagi, dia terbuka terhadap nasihat peminat dan enggan terlalu mengambil serius tanggapan luar terhadap kehidupannya.


"Saya terbuka kepada nasihat. Tak adalah sweet mana pun, saya hanya melalui kehidupan saya seperti biasa. Saya tak berhenti untuk kenal cinta. Hidup ini penuh dengan warna. Rugilah kalau tak penuhi dengan bunga-bunga cinta," ujarnya sambil tersenyum.


Walaupun enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Mickey Ayo, Nora dilihat tidak menafikan kemungkinan sedang mengenal seseorang, sekali gus membuat ramai tertanya-tanya tentang status sebenar hubungan mereka.




Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli pada 2006, namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.


Pada 2017, Nora berkahwin dengan Nedim Nazri, anak kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Neqayl Nedim. Namun, rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada awal tahun ini.


SUMBER: IG hLIVE



0 Comments

|

223 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content