Ilya Buang Rasa Terpinggir Tapi Tak Kecil Hati

Pelawak yang juga anggota Senario, Ilya Buang, 58, mengakui rasa terpinggir apabila tidak dipanggil menjayakan persembahan Senario setiap masa.


Pemilik nama sebenar, Ilya Buang Shaharum atau Pak Ya bagaimanapun tidak ambil hati kerana menyedari tenaganya di atas pentas tidak setaraf anggota Senario lain sekaligus meragui dirinya masih sesuai untuk membuat sesuatu lawak.


"Apabila nak buat persembahan, kadang-kadang saya risaulah sebab saya tak macam mereka. Kadang-kadang saya rasa terasing bila ada persembahan di mana mereka tak mengundang saya. Saya tak kisah.


"Sebab mungkin saya agak pasif, kurang atau apa kan? Dan kadang-kadang bila dah berumur ini, timbul macam-macam persoalan. Sesuaikah saya buat lawak macam itu," katanya pada sidang media konsert The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun, kelmarin.


Perasaan itu sudah terbit sejak anak-anaknya masih kecil hinggalah bersekolah. Dia risau apabila anak-anaknya malu dengan lawak ditampilkannya.


Kebimbangan itu menjadikan dia lebih berhati-hati sehingga membuatkan dirinya rasa terpinggir. Tapi menurutnya, itu perasaan peribadi saja dan anggota Senario yang lain sentiasa berinya kata-kata positif.


"Bila saya dah keadaan macam ini, ada hal yang rasa tak sesuai untuk kita persembahkan pada orang ramai sebab usia. Kalau orang muda nampak manis, orang tua nampak buruk. Jadi saya rasa tak apalah.


"Ada masanya kita kena berubah juga. Kadang ada orang suka, kadang kadang orang tak suka. Macam-macam citarasa.


"Jadi kita kena pilih mana yang paling ramai orang suka dan itulah saya kadang-kadang terlalu berhati-hati menyebabkan saya rasa macam saya terpinggir," katanya.


Walau bagaimanapun, Ilya masih sedaya-upaya cuba untuk dapatkan balik rentak sebagaimana kegemilangan Senario yang dikenali ramai.


"Anggota Senario lain pun selalu beri semangat. Mereka tak pernah cakap apa-apa yang negatif. Saya sendiri yang rasa begitu kerana sudah tak berapa boleh turun naik pentas.


"Kejar orang sana sini dan buat lawak menyakat orang. Itu memang lumrah pelawak. Siapa pun pelawak, antara sifat yang buat mereka jadi pelawak adalah suka menyakat. Tapi saya sudah kurang perkara sebegitu," katanya.


Ilya juga tidak menafikan, pada usia sekarang dia memang sangat sensitif selain faktor sebab dia sendiri sudah bercucu.


"Tapi saya sudah kurang perkara sebegitu. Mungkin sebab saya sudah ada cucu. Sekarang saya rasa lebih berjiwa penyayang, tak suka sakiti hati orang. Tapi ada juga orang yang rasa perkara begitu kelakar," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ilya bersama rakan Senario iaitu Azlee Jaafar, Saiful Apek, Yassin Yahya, Lan Pet Pet dan Wahid bakal menjayakan konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun bersama lima anggota lain.


Konsert anjuran Dreamscape Events dan terbitan Kapla Entertainment ini bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April tahun depan.



Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

181 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content