Inkues Zara Qairina: Situasi tegang apabila pelajar jumpa surat 'privasi Zara' - Saksi

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, dimaklumkan oleh saksi pelajar kedua bahawa situasi pada malam Allahyarham Zara Qairina Mahathir dituduh mencuri bertambah tegang apabila ada pelajar didakwa terjumpa surat dipercayai mengandungi 'privasi Zara.
Ringkasan AI
  • Saksi pelajar kedua dalam prosiding inkues memaklumkan bahawa Zara Qairina dituduh mencuri dan disoal dalam dorm sebelum beberapa pelajar lain mengelilinginya dan memarahi dengan kata-kata kesat.
  • Ketegangan meningkat selepas seorang pelajar menemui helaian kertas dipercayai mengandungi 'privasi Zara' yang menyatakan hasrat Zara untuk menjadi Badar, menyebabkan Zara menangis dan kelihatan semakin sedih.
  • Saksi turut menyatakan rasa takut terhadap situasi tersebut dan melarikan diri, manakala prosiding inkues akan bersambung esok dengan saksi pelajar ketiga.
Peguam bela, Rizwandean M Borhan berkata, pada malam 15 Julai 2025, Zara dipanggil masuk ke sebuah dorm dan dibawa ke satu sudut bilik untuk disoal mengenai kehilangan dompet.
Bagaimanapun, Zara menafikan tuduhan tersebut dan bersumpah bahawa dia tidak mengambil dompet berkenaan. Pelajar yang membuat aduan kemudian dipercayai menerima penafian Zara dan memohon maaf.
"Namun, tidak lama selepas itu, seorang pelajar lain masuk ke dorm dan dengan marah menuduh Zara mencuri barangan peribadi miliknya.
Sehubungan itu, menurut saksi, seorang pelajar mula memarahi Zara dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan menghina, menyebabkan mangsa menangis.
"Surat privasi itu jika tidak silap, Zara ada menyatakan dia mahu menjadi Badar. Badar ini maksudnya pengawas surau di sekolah.
"Saksi turut menyatakan Zara kelihatan semakin sedih dan terus menangis sebelum beberapa pelajar meninggalkan dorm.
"Malah, pelajar itu juga berkata dia juga berasa takut dan melarikan diri daripada situasi tersebut," katanya lagi.
Prosiding inkues akan bersambung esok dengan melibatkan saksi pelajar yang ketiga.
Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-zara-qairina-situasi-tegang-apabila-pelajar-jumpa-surat-privasi-zara-saksi-539884



0 Comments

|

228 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content