Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Selepas beberapa bulan diganggu, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya membuat laporan polis terhadap individu tidak dikenali itu.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, meminta orang ramai agar tidak melayan sebarang kenyataan daripada seorang pengguna akaun palsu yang menggunakan namanya di aplikasi Threads.
"Jangan layan orang gila di Threads itu. Saya sudah buat laporan polis, dan individu di sebalik akaun tersebut adalah lelaki.
"Dia telah mengganggu saya selama berbulan-bulan," katanya.
Intan menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads miliknya menjelaskan kekeliruan hantaran yang dibuat oleh akaun berkenaan.
Tambahnya individu itu juga telah mendaftarkan beberapa akaun palsu bagi tujuan sama.
Lebih teruk lagi, lelaki tersebut sanggup menghubungi sebuah pusat rekreasi berkuda kerana mengetahui keberadaannya di lokasi berkenaan.
"Sampai satu tahap dia hubungi pejabat kelab polo tanpa henti kerana tahu saya ada di sana, hanya untuk ganggu saya.
"Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Jadi saya ambil keputusan biar pihak berkuasa sahaja yang atasi masalah ini," jelasnya.
Terdahulu muncul sebuah akaun menggunakan nama @intannajuwadatin di Threads dengan memuat naik hantaran yang bercerita buruk tentang Intan dan suaminya, Datuk Asraf Azman.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|99 Views
No Comments yet
Be the first to comment.