Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Isma Aliff, 62, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, di sini, pagi ini.
Berita berkenaan disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60, kepada Harian Metro.
"Abang Isma menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 pagi tadi. Dia tinggal sendirian selepas kematian emak pada 2024.
"Pagi tadi saya datang jumpa dia sebelum pergi sekolah dan masa itu dia sudah sesak nafas. Tapi saya terpaksa tinggalkan dia sekejap sebab ada hal di sekolah, ambil barang.
"Apabila balik semula, dia dah tak ada (meninggal dunia). Tak lama pun, setengah jam saja saya tinggalkan, tapi iyalah sudah ajal," katanya.
Shamsidah berkata, dia bersyukur dapat berjumpa abangnya sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
Menurutnya, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Asar hari ini.
Biarpun menggalas status orang kelainan upaya (OKU), Isma optimis dalam menjalani kehidupan malah sedia untuk kembali ke pentas seni bagi mencari rezeki.
Beliau juga pengacara popular yang memulakan kerjaya dalam bidang seni pada tahun 1986 menerusi program di stesen televisyen RTM menyerlah menerusi filem Marah Marah Sayang dan Mawar Merah.
Antara naskhah lakonannya di layar perak termasuk Sayang Ibu, Jaket Biru, Kembar Siam, Romeo dan Budak Lapok Osman (suara latar), selain kerap muncul membintangi drama.
Di puncak kerjayanya, anak jati Kuala Lumpur itu turut menghasilkan empat album iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka serta Macam-Macam Ada.
Kali terakhir Isma beraksi dalam program realiti adalah bersama pada program Maharaja Lawak Mega 2013 di bawah kumpulan Osama bersama Allahyarham Mr. Os.
Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|184 Views
No Comments yet
Be the first to comment.