'Juri Pun Boleh Belajar' - Aisha Retno Jawab Persoalan Netizen

Penyanyi Aisha Retno tampil menjawab persoalan segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihannya sebagai salah seorang juri tetap program realiti nyanyian Big Stage X Rocketfuel.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aishah Retno Sayed Sipulijam, 26, dia menerima setiap kritikan secara terbuka dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dalam industri seni.

"Saya terima dengan hati yang sangat terbuka. Ia seperti alah bisa tegal biasa buat saya.

"Apa saja saya terima (kritikan), saya cuba hadamkan untuk ambil positif. Tugas saya sebagai juri hanya untuk membantu.

"Mana-mana ada salah sepanjang minggu, sebagai juri saya juga berhak ditegur," katanya kepada mStar.

Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Mengulas mengenai kredibilitinya sebagai juri, penyanyi lagu Sutera itu mengakui dirinya masih banyak perkara perlu dipelajari walaupun sudah lapan tahun bergiat aktif dalam industri muzik.

"Saya pun bukanlah lama sangat dalam industri ini tapi tidak juga terlalu baru.

"Saya belajar daripada proses ini. Misi kami (juri) untuk mencari pelapis bagi membantu persada muzik menjadi lebih luas," ujarnya.

Dalam masa sama, Aisha tidak menafikan dia berdepan tekanan sebelum menerima tawaran tersebut, apatah lagi jadual kerjayanya yang padat sepanjang tahun ini.

Selain itu, dia juga sedar kemungkinan akan dibandingkan dengan barisan juri profesional yang pernah menggalas tanggungjawab sama pada musim terdahulu.

"Saya berfikir lama juga kerana Alhamdulillah rezeki tahun ini Allah beri jadual saya sangat penuh.

"Bagi saya juri pun boleh belajar sesuatu daripada peserta. Saya juga akan kongsikan segala ilmu yang ada selama lapan tahun berada dalam industri," katanya.

Selain Aisha, penyanyi Hael Husaini dan Akim Ahmad turut dipilih sebagai juri tetap Big Stage X Rocketfuel.

Program tersebut bakal menyaksikan saingan 10 peserta terdiri daripada sembilan penyanyi solo dan satu duo iaitu Sufie Rose, Filo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Big Stage X Rocketfuel akan mula bersiaran pada 28 Jun ini menerusi Astro Ria, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sumber: mStar



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content