"Kalau Rempit Tu, Rempit Sahajalah" - Janna Nick Akui Tak Boleh Lari Daripada Identiti Diri

Pelakon dan pengarah Janna Nick mengakui dirinya tidak pernah cuba menyembunyikan latar belakang kehidupan yang membentuk siapa dirinya hari ini, termasuk imej 'rempit' yang sering dikaitkan dengannya.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, sifat anggun dan berkelas bukan sesuatu yang boleh dipaksa atau dibuat-buat kerana ia banyak dipengaruhi oleh cara seseorang dibesarkan.

"Cuma mahu cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran yang classy. Sifat classy itu sendiri sebenarnya tidak boleh dibuat-buat.

"Kalau rempit itu, rempit sahajalah. Saya memang tidak boleh lari daripada kelihatan seperti seorang rempit," katanya menerusi Threads.

Mengulas lanjut, Janna berkata kehidupan yang dilaluinya sejak kecil menjadikan dia lebih dekat dengan imej tersebut memandangkan dia dibesarkan di kampung dan pernah menetap di kawasan perumahan flat.

Katanya, sejak usia 11 tahun lagi dia sudah biasa menunggang motosikal sendiri dan menggunakan kenderaan itu untuk ke sekolah.

"Pernah tengok satu hantaran mengenai perempuan cantik yang anggun dan cantik yang rempit. Saya rempit tapi bukan rempit yang tunggang motosikal pergi berlumba malam-malam itu.

"Tapi sebab membesar di kampung, umur 11 tahun sudah mula menunggang motosikal sendiri. Saya juga menggunakan motosikal untuk pergi ke sekolah selama bertahun-tahun. Pernah juga membesar dalam rumah flat," ujarnya.

Perkongsian tersebut dipercayai dibuat sebagai respons terhadap perbincangan dalam media sosial yang membandingkan wanita berimej anggun dengan wanita yang mempunyai personaliti lebih santai dan lasak.

Dalam masa sama, Janna dilihat mempertahankan golongan wanita yang datang daripada keluarga sederhana dengan menegaskan latar belakang bukan penentu kejayaan seseorang.

Untuk rekod, Janna yang berasal dari Kedah kini menetap di London, United Kingdom bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content