Kamal Adli Layan Threads, Isi Masa Lapang

Pelakon Kamal Adli mengakui platform Threads kini menjadi antara cara untuk mengisi masa lapangnya selepas kehidupannya berubah sejak kembali solo.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dia kini mempunyai lebih banyak waktu terluang berbanding sebelum ini yang banyak dihabiskan bersama keluarga terutama anaknya, Hawra Uqaira.

"Sekarang memang banyak masa. Dulu saya lebih fokus kepada kehidupan dan tanggungjawab sebagai suami serta bapa.

"Tetapi sekarang, kalau tiada urusan kerja atau keluar rumah, kebanyakan masa saya memang bersendirian di rumah.

"Jadi saya buat benda itu (Threads) sahajalah untuk isi masa lapang. Suka-suka, tiada apa-apa pun," katanya.

Kamal berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan kenderaan Jetour T2 sempena program International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Dalam majlis tersebut, Kamal turut dipilih sebagai jurucakap bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan bersama beberapa selebriti lain termasuk Ernie Zakri dan Sara Ali.

Mengulas mengenai aktivitinya di Threads, pelakon drama Hening Cinta itu menyifatkan platform berkenaan sebagai medium santai untuk berinteraksi dengan orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

"Terima kasih kepada pengguna Threads yang selalu menemani saya. Kalau saya balas komen, itu tandanya saya sedang bersendirian dan tiada apa yang hendak dibuat.

"Jadi saya boleh melayan semua orang dan semua orang boleh melayan saya. Terima kasih kepada semua geng Threads," ujarnya.

Kamal turut mengakui dirinya sememangnya seorang yang gemar bergurau dan sifat tersebut lebih mudah ditonjolkan menerusi platform media sosial berkenaan.

"Saya memang seorang yang santai dan suka melawak. Itu memang diri saya yang sebenar.

"Kalau soal memberi nasihat, saya rasa lebih sesuai diserahkan kepada artis senior seperti Saiful Apek.

"Apa pun, kami selebriti sama sahaja seperti orang lain. Saya mahu orang di Threads melihat kami sebagai kawan yang boleh berinteraksi secara santai," katanya.




0 Comments

|

35 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content