Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Kamal Adli, 39, berani bersumpah dan menjunjung al-Quran menafikan dakwaan isterinya, Uqasha Senrose, mendera dan memukul sepanjang perkahwinan mereka.
Katanya, dia sudah menjangkakan perkara ini dan menegaskan dia tidak pernah melakukan keganasan rumah tangga seperti yang didakwa.
"Dakwaan salah ini dan saya sudah agak perkara ini. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul isteri saya. Demi Allah saya berani junjung. Letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah.
"Ini satu dakwaan, kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Bukti medical report ke, laporan polis ke, apa-apa video menunjukkan saya pukul dia? Tolong.
"Saya tak tumbuk dia. Tak apalah. Ini biasa dah, saya sudah agak benda ni. Permainan dia nak main macam ni. Tapi tak apa, ini fitnah. Silakan," katanya.
Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas Kamal, meskipun diaibkan di khalayak, dia tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangga dan menyimpan segala kisah rumah tangga mereka.
"Dia isteri saya. Dia orang yang saya kahwin atas dasar cinta, bukan pasal paksa atau apa. Daripada kenyataan saya cakap ini, saya masih tak buka lagi apa-apa pasal isteri, cukup saya simpan.
"Tapi saya rasa terlalu melampau. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal itu. Pada akhirnya kalau prosedur ini tak ada persetujuan, insya-Allah benda itu akan putus juga.
"Saya cuma berjuang dan gunakan saluran yang betul sahaja," katanya.
Turut menjelaskan foto bukti Uqasha dikasari, kata Kamal, imej tersebut merupakan gambar lama yang diulang semula.
"Benda itulah gambar dia tunjuk beberapa tahun lepas. Dia ulang benda sama. Foto itulah dia tunjuk kat mak dan bapa saya," katanya.
Menurut Kamal, dia meminta supaya gambar tersebut diberikan kepada unit forensik untuk mengesahkan perkara sebenar.
"Gambar itu cuba pergi tunjuk dekat forensik, lebam itu sebab kena pukul ataupun lebam daripada orang yang tahan dipukul? Itu saya nak tahu," ujarnya.
Dalam masa sama, Kamal turut memberi bayangan yang dia juga kena perkara sama seperti yang didakwa isterinya.
"Saya pun ada gambar-gambar bukti semua itu. Ada kesan kekal di badan yang saya tak boleh buang dah.
"Saya tak takut dengan laporan polis sebab saya memang tidak pukul. Saya dah agak dah benda ini," katanya.
Ditanya kenapa masih teguh pertahankan rumah tangganya, Kamal hanya memikirnya mengenai anaknya Hawra Uqaira.
"Sebab anak saya, Hawra. Saya duduk dan tengok dia. Saya tahu dia tidak mahu ada 'broken family', itu sahaja. Saya tak ada isu pun dan hal ini sudah selesai lama.
"Cuma hari ini saya rasa dah kena tegas, bukan main-main dah. Saya datang sini saya nak 'protect'. Saya nak pertahankan rumah tangga saya. Saya tak burukkan dia pun," katanya.
Dalam pada itu, Kamal turut memberikan amaran kepada isterinya Uqasha Senrose dan individu yang digelar sebagai 'coach cerai'.
Dia meluahkan rasa tidak adil terhadap situasi yang dihadapinya dan meminta agar segala isu rumah tangga diselesaikan secara bersemuka kerana mereka masih bergelar suami isteri.
"Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau kau tak puas hati, kau datang jumpa aku. Kau cakap depan-depan dekat aku sebab kau isteri aku lagi.
"Kau tak payah nak cerita dekat 'coach cerai' sampai lapan jam boleh duduk dengan orang itu," katanya.
Kamal turut menyuarakan rasa terkilan terhadap individu digelar 'coach cerai' yang didakwa mendengar cerita sebelah pihak tanpa pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.
"Coach cerai itu, setiap kali datang, tak pernah pun nak menghadap aku. Kau boleh dengar cerita sebelah sana sahaja," katanya.
Menurut Kamal, dia sentiasa bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara matang, namun mendakwa pihak terlibat memilih untuk mengelak dan membawa isu tersebut secara terbuka.
"Datanglah jumpa aku. Aku ada, aku sedia sahaja untuk jumpa dengan kau. Asal kau lari? Pergi cerita dekat podcast apa semua," ujarnya.
Untuk rekod, mahkamah menetapkan prosiding perceraian di antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari depan.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|174 Views
No Comments yet
Be the first to comment.