Kamal Adli Usaha Selamatkan Rumah Tangga, Masih Sayang Uqasha Senrose

"Takkan saya tak sayang isteri sayakan? Kalau tak sayang, saya keluar sini melompat."


Begitu kata pelakon Kamal Adli, 39, ketika ditemui selepas selesai prosiding ketiga tuntutan penceraian isterinya, Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.


Kamal berkata, tujuan kehadirannya ke mahkamah kerana mengikut prosedur ditetapkan dan bukan untuk bercerai.


"Itu bukan target saya untuk datang sini (mahkamah). Saya hanya nak cakap, saya datang sini, saya ada anak lagi, ada Hawra yang perlukan mak dengan ayah dia. Itu yang paling penting.


"Itu yang semua orang kena faham kenapa saya dekat sini Saya tak fikir pasal sayalah. Ini adalah untuk Hawra. Apa pun pendapat isteri saya, saya fikir saya tak nak anak saya tak dapat kasih sayang yang cukup.




"Jadi saya nak bertahan (perkahwinan ini) untuk Hawra," katanya.


Hari ini juga buat pertama kalinya menemukan Kamal dengan isterinya selepas dua bulan tidak berjumpa.


Kamal bagaimanapun berkata, mereka tidak berkomunikasi dan hanya berpandangan sesama sendiri.


"Tak apa, it's okay. Kita pun lepas ini ada prosedur lain, kita akan ke Jawatankuasa Pendamai (JKP). Memang nak tak nak, kena bercakap jugalah.


"Saya tak ada masalah langsung dengan keluarganya atau sesiapa sebenarnya. Saya okay, saya happy, saya memang sayang keluarga dia macam keluarga saya.


"Jadi saya tak ada apa-apa isu pun. Hubungan keluarga kedua-dua belah pihak tak ada isu pun. Ini urusan kami sebenarnya. Mak ayah saya pun cakap, jangan buka aib isteri dan simpan baik-baik," katanya.




Kamal turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isterinya, Uqasha.


Menurutnya, dia masih berstatus suami kepada pelakon terbabit sekali gus mempunyai hak sepenuhnya terhadap Uqasha.


"Saya hanya nak 'aware' untuk orang luarlah, di sekeliling, bukan family dia atau orang-orang yang cuba rapat dengan isteri saya. Ingat, Uqasha masih lagi isteri orang yang sah.


"Saya pula masih suami dia yang sah, wujud lagi ni. Jadi fahamkan maksud saya daripada segi hukum apa semua. Tak kisahlah siapa pun, tapi bukan berkaitan keluarga dia. Saya tak cakap," katanya yang pada masa sama menolak kewujudan orang ketiga dalam rumah tangganya.


Kamal berkata, dia tidak mahu menggunakan simpati peminat atau perlu menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk isterinya.


"Kita guna prosedur betul. Kita Malaysia ini ada undang-undang, jadi semua kita guna yang saluran betul saja. Tak payah minta pendapat orang ketiga.


"Orang yang kita baru kenal, tak tahu pun siapa dia. Tiba-tiba boleh nak tahu semua. Ini hal rumah tangga saja. Biar saya dengan dia (Uqasha) yang selesaikan sebenarnya.


"Tak patut pun untuk di'share'kan dengan orang, untuk jadi orang punya bahan nak 'judge' (menghakimi) kita macam mana. Itu tak bagus," katanya.


Mengulas mengenai Hawra, Kamal mendakwa dia terjumpa anaknya pada 10 November lalu.




"Paling penting tak best untuk anak saya, untuk Hawra. Jadi sekarang ini, saya hanya nak 'fight' untuk nak dapat jumpa Hawra sebab macam sangat lama juga tak dapat 'spend time' dengan dia.


"Saya harap sangat pihak isteri saya bagi kelonggaran, memudahkan kerja untuk saya nak jumpa Hawra. Saya doakan rumah tangga saya kekal sampai jannah. Sampai bila-bila insya-Allah.


"Sebab ini pun baru sangat jadi. Ramai orang lagi 'struggle' macam-macam dan untuk saya nak share betapa peritnya benda ini, rasanya tak adil untuk orang-orang yang lain yang dah berjuang banyak lagi dalam perkahwinan," katanya.


Sementara itu, Peguam Syarie Abdul Hadi Mohammad Salleh yang mewakili Kamal berkata, anak guamnya sedang berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan rumah tangganya.


"Dia tengah memanfaatkan peluang dan ruang yang ada. Tidak semestinya ia akan berakhir dengan penceraian. Ada lagi ruang untuk berusaha. Dia belum mengalah lagi," katanya. 


Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.


SUMBER: HARIAN METRO



0 Comments

|

347 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content