Kapten Azhar Nafi Tumpang Populariti Ella, Duet Sekadar Hargai Isteri
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #penyanyi
- #ella
- #azhar
- #nafitumpangpopulariti
- #konsertella
Suami kepada ratu rock negara, Ella iaitu Kapten Azhar menafikan dakwaan segelintir pihak yang menganggap kehadirannya dalam konsert-konsert penyanyi itu bertujuan untuk menonjolkan diri atau menumpang populariti isterinya.
Menurut Azhar Husaini Ghazali, 45, penglibatannya dalam persembahan duet bersama Ella hanyalah untuk memeriahkan acara selain menghargai isterinya yang sentiasa menjadi inspirasi dalam hidupnya.
“Saya terlibat dalam persembahan duet kerana bukan mudah untuk menjemput penyanyi jemputan pada setiap konsert.
“Tetapi saya sentiasa positif dan menghormati pandangan orang terdekat seperti Ella, Jojie serta pengarah muzik, Datuk Acis. Kalau nak layan semua komen netizen, memang susah nak buat apa-apa.
“Saya hanya mahu menghargai Ella dan memeriahkan persembahan. Tiada niat untuk menenggelamkan dia kerana saya ada kerjaya saya sendiri,” katanya.
Dalam masa sama, Azhar berkata dia lebih selesa memberi sokongan kepada isterinya di belakang tabir dan hanya tampil di atas pentas apabila diperlukan.
Sementara itu, Ella mengakui dia selesa bekerja bersama suaminya kerana Azhar banyak membantu dari segi idea dan perancangan persembahan.
“Saya lebih senang bekerjasama dengan suami kerana dia banyak membantu saya dari segi idea.
“Saya tidak kisah dia berada di atas pentas bersama saya. Dia seorang yang sangat sporting dan sentiasa memberi semangat kepada saya.
“Malah tanpa idea dia, mungkin saya sendiri tidak akan menganjurkan konsert,” katanya.
Terdahulu, kehadiran Kapten Azhar dalam beberapa persembahan mega Ella termasuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Februari lalu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang mempersoalkan tempoh kemunculannya di atas pentas memandangkan Azhar bukan seorang penyanyi profesional.
Dalam perkembangan lain, Ella bakal bertemu peminat menerusi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen: Ella Homecoming yang dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 22 Ogos depan.
Sumber: Kosmo! Online
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|12 Views
No Comments yet
Be the first to comment.