"Kita Tak Ada Anak, Jangan Cepat Hukum" - Iman Troye Pertahan Tindakan Ryzal Ibrahim Rakam Detik Cemas

Penyanyi Iman Troye berpendapat tindakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim merakam detik cemas anaknya sebelum dibawa ke hospital tidak sepatutnya dijadikan bahan kecaman netizen.

Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 24, rakaman tersebut mungkin dibuat bagi membantu doktor mendapatkan gambaran jelas mengenai keadaan sebenar yang berlaku kepada anak pasangan itu.

Katanya, orang ramai juga perlu melihat perkongsian tersebut dari sudut positif kerana ia boleh menjadi panduan kepada ibu bapa lain jika berdepan situasi kecemasan sama.

"Saya rasa video itu dirakam untuk dijadikan rujukan kepada doktor. Dalam keadaan panik dan trauma, mungkin itu cara terbaik yang terlintas di fikiran mereka.

"Tambahan pula, perkongsian seperti ini boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa lain tentang apa yang perlu dilakukan jika perkara sama berlaku," katanya.

Iman turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah membuat penilaian kerana mereka sendiri belum tentu memahami perasaan seorang ibu bapa ketika melihat anak berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kita tak ada anak, jadi kita tak tahu bagaimana perasaan mereka apabila berdepan situasi seperti itu," ujarnya.

Sebelum ini, tindakan Ryzal memuat naik video ketika membawa anak lelakinya, Rian ke hospital mencetuskan perdebatan dalam media sosial apabila ada yang mempertikaikan keperluan merakam insiden tersebut.

Dalam perkongsian itu, Ryzal memaklumkan anaknya tidak memberikan sebarang respons selepas terjatuh dari katil, sekali gus membuatkan dia dan isterinya, Maryam You Narae bergegas mendapatkan rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, keadaan Rian dilaporkan stabil selepas menerima pemeriksaan di hospital.

Sumber: mStar



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content