Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Penghakiman Terus Kes Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Nur Fazura

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bagi menuntut RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin.


Hakim Mahkamah Tinggi, DR Shoba Rajah memutuskan untuk menolak permohonan berkenaan, selepas mendapati bahawa kes saman itu wajar untuk dibicarakan dan pihak defendan iaitu Pink Fate mempunyai pembelaan bermerit.


Peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan keputusan itu dan berkata pihaknya menyambut baik pendirian mahkamah yang melihat keperluan membawa kes tersebut ke perbicaraan penuh.




"Mahkamah berpandangan bahawa kes ini bukan kes mudah (straightforward) yang jelas menunjukkan kewujudan hutang seperti didakwa plaintif.


"Sebaliknya, terdapat isu-isu fakta dan undang-undang yang memerlukan perbicaraan penuh," jelasnya kepada BH Online.


Menurut Fakhrul, sebelum ini permohonan berkenaan difailkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan penghakiman terus tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.


"Mahkamah bersetuju bahawa terdapat pembelaan yang mempunyai merit dan perlu dibicarakan. Ini menunjukkan bahawa kes ini tidak boleh diputuskan semata-mata berdasarkan dokumen," katanya.


Permohonan penghakiman terus itu sebelum ini difailkan hanya terhadap Pink Fate Sdn Bhd manakala dua lagi defendan iaitu Fazfit Sdn Bhd dan Fazura tidak termasuk dalam permohonan tersebut.


Obor Holding pada April lalu memfailkan saman bernilai RM4.65 juta terhadap ketiga-tiga defendan berkaitan isu perjanjian perniagaan tudung di bawah jenama Fazura.


Setakat ini, pihak plaintif dan defendan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan mahkamah itu.


Sumber: BH Online



0 Comments

|

212 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content