Marissa Dania, Ahmad Aslam Bercerai, Abby Abadi Luah Syukur
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #pelakon
- #pempengaruh
- #abbyabadi
- #marissadania
- #aslam
- #selebritimediasosial
- #sahcerai
- #syukurselesai
Kemelut rumah tangga melibatkan pempengaruh Ahmad Aslam dan Marissa Dania akhirnya menemui noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan pasangan itu tidak lagi mempunyai hubungan sebagai suami isteri.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Syarie Nadiah Khamis selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak dalam prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.
Menurut peguam syarie mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mahkamah menerima dan mengesahkan lafaz talak yang dibuat sehingga menyebabkan perkahwinan pasangan berkenaan terbubar.
“Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak.
“Hakim ada banyak keputusan dan terma yang dinyatakan dalam penghakiman, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.
“Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya kepada media.
Terdahulu, kehadiran Aslam dan Marissa secara berasingan di mahkamah pada pagi Selasa menarik perhatian pihak media yang mengikuti perkembangan kes tersebut.
Ketika ditemui selepas prosiding, Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, mengesahkan mereka tidak lagi tinggal bersama.
Sementara itu, Marissa, 21, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan hanya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.
Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.
Pasangan berkenaan sebelum ini mencetuskan perhatian ramai selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebelum hadir ke mahkamah pada Mei tahun lalu bagi mendapatkan pengesahan pernikahan mereka.
Perkahwinan tersebut menjadi topik hangat apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.
Malah, pernikahan berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa.
Dalam perkembangan berkaitan, pelakon dan penyanyi Abby Abadi dilihat meluahkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah tersebut diumumkan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik tangkap layar laporan media mengenai kes berkenaan dengan kapsyen ringkas berbunyi "Alhamdulillah".
Ruangan komen hantaran tersebut turut dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang berharap Marissa dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas melalui episod berkenaan.
"Semoga apa yang berlaku mematangkan Marissa.
"Nak tumpang gembira juga. Semoga Marissa jumpa jodoh yang selayaknya," komen netizen.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|9 Views
No Comments yet
Be the first to comment.