Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Perunding kewangan yang dikaitkan dengan pelakon Nora Danish, Mickey Ayo, sekali lagi mencuri tumpuan apabila melakukan trend video TikTok menggunakan lagu Kacamata nyanyian Afgan.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, Mickey tampil bergaya memakai kemeja putih dipadankan bersama cermin mata, sambil 'miming' lagu tersebut.
Apa yang mencetuskan lebih banyak perhatian ialah komen ringkas daripada selebriti popular, Nora, pada hantaran tersebut.
"Dua-dua okay," tulis Nora.

Khabar angin Mickey dan Nora nikah tersebar awal September lepas.
Komen tersebut pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang menyokong andai benar Mickey dan Nora sedang menjalinkan hubungan cinta.
Ramai yang menyingkap kembali posting-posting mereka di media sosial dan menganggap ini sebagai 'hint' baharu.
Sebelum ini, pasangan ini pernah dikaitkan dalam beberapa isu hangat, termasuk penggambaran bersama dan perkongsian hadiah antara satu sama lain sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikut mereka.
Pihak Mickey Ayo ataupun Nora Danish belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung komen serta spekulasi tersebut. Buat masa ini, netizen terus memerhatikan setiap langkah mereka dan menunggu maklum balas lanjut.
SUMBER: Xtra
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|193 Views
No Comments yet
Be the first to comment.