Mimi Fly Dedah Kisah Cinta, Akui Dulu Terlalu Bergantung Pada Lelaki
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #mimifly
- #pernahbergantungpadalelaki
- #berdikari
Penyanyi Mimi Fly mengakui pernah meletakkan kebahagiaannya kepada sebuah hubungan sehingga terlalu mengejar cinta, namun pengalaman itu akhirnya mengubah cara pandangnya terhadap kehidupan.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamini Amalina Norhisham, 39, wanita sebenarnya memiliki kekuatan tersendiri, namun sering terperangkap dengan keinginan untuk membentuk pasangan sehingga terlupa menghargai diri sendiri.
“Dulu saya memang gilakan lelaki. Kita sebagai wanita sebenarnya sangat berkuasa.
“Secara semula jadi, kita rasa seperti perlu membentuk dan membina seorang lelaki, seolah-olah itulah tujuan hidup kita,” katanya dalam sebuah program audio siar.
Pelantun lagu Temberang itu berkata, pertambahan usia membuatkan dia sedar seseorang wanita tidak seharusnya mengorbankan identiti sendiri hanya demi mempertahankan sesebuah hubungan.
“Ya, saya seorang artis, tetapi saya juga mahukan pasangan hidup yang melihat saya seadanya, menerima saya seperti diri saya yang sebenar dan memberi ruang untuk saya menjadi diri sendiri.
“Saya rasa tujuan hidup saya jauh lebih besar dan masih banyak impian yang mahu saya capai. Namun, hubungan itu tidak menjadi kerana perasaan tersebut tidak berbalas,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Mimi menganggap episod putus cinta yang dilaluinya sebagai titik perubahan yang membuka lembaran baharu dalam kehidupan serta kerjayanya sebagai penyanyi.
“Namun, saya perlukan putus cinta untuk kembali bersinar.
“Lagu kemunculan semula saya lahir daripada episod perpisahan itu. Jadi, terima kasih kepada perpisahan tersebut,” jelasnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji keterbukaan Mimi berkongsi pengalaman hidup dan menyifatkan luahannya sebagai inspirasi buat wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam percintaan.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak berpandangan setiap hubungan mempunyai perjalanan yang berbeza dan percaya masih ramai lelaki yang mampu menerima serta menghargai pasangan seadanya.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|3 Views
No Comments yet
Be the first to comment.