MMRA Gesa Kerajaan Perketat Undang-Undang Hak Cipta AI

Malaysia Music Rights Alliance (MMRA) menggesa kerajaan memperkukuhkan perlindungan undang-undang hak cipta bagi memastikan karya muzik dan harta intelek tempatan tidak dieksploitasi oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenaran pemilik asal.

Menurut perikatan itu, perkembangan pesat AI ketika ini menuntut rangka kerja perundangan yang lebih kukuh bagi melindungi kepentingan pemain industri muzik termasuk penulis lagu, penyanyi, pemuzik, penerbit rakaman serta pemegang hak cipta.

Sebagai langkah awal, MMRA telah menghantar surat terbuka kepada beberapa pemimpin utama negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kementerian dan agensi berkaitan bagi menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan karya berhak cipta dalam pembangunan sistem AI.

Dalam surat tersebut, MMRA menegaskan bahawa penggunaan muzik dan kandungan kreatif tanpa kebenaran bagi melatih model AI merupakan isu yang perlu diberi perhatian serius.

Walaupun mengiktiraf potensi AI dalam membantu meningkatkan produktiviti dan inovasi, mereka berpandangan teknologi itu tidak seharusnya dibangunkan dengan mengorbankan hak pencipta karya.

Bantah penggunaan karya tanpa kebenaran

MMRA turut membantah sebarang cadangan yang membenarkan perlombongan teks dan data (Text and Data Mining atau TDM) terhadap karya berhak cipta tanpa persetujuan atau pampasan kepada pemilik hak.

Menurut mereka, sebarang penggunaan kandungan berhak cipta untuk tujuan latihan AI mestilah mendapat kebenaran jelas daripada pencipta dan pemegang hak terlebih dahulu.

Malah, perikatan itu menegaskan tiada karya kreatif wajar digunakan dalam pembangunan sistem AI tanpa persetujuan pihak yang memiliki hak ke atas kandungan tersebut.

Pada masa sama, MMRA menyambut baik perbincangan yang berlangsung di Parlimen berhubung isu muzik janaan AI dan menyifatkannya sebagai perkembangan positif ke arah melindungi industri kreatif negara.

Hak cipta milik pencipta manusia

Dalam usaha memperkukuhkan pendirian industri, ahli-ahli MMRA turut membangunkan satu rangka kerja bersama yang menekankan bahawa hak cipta terhasil daripada kreativiti, pengalaman dan kemahiran manusia, bukannya sistem atau algoritma yang dijana mesin.

Sehubungan itu, mereka berpendapat kandungan yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI tidak sepatutnya menerima perlindungan hak cipta yang sama seperti karya ciptaan manusia.

MMRA turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pembuat dasar dalam membangunkan perundangan yang lebih jelas serta seimbang bagi melindungi hak pencipta dalam era AI yang semakin berkembang.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content