Pelakon Aliff Aziz mencuri perhatian peminat apabila berkongsi video dari lokasi penggambaran yang turut menampilkan pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aliff dilihat sedang menjalani penggambaran dipercayai untuk sebuah projek lakonan baharu, sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
"Tuhan tahu kita saling mencintai, namun takdir membawa kita menempuh haluan yang berbeza.
"Mode kerja: on," tulisnya ringkas.
Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai naskhah berkenaan, kemunculan Aliff bersama Acha sudah cukup membuatkan ramai peminat teruja dan tidak sabar menantikan hasil gandingan mereka.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif kerjaya Aliff yang kini semakin aktif menerima pelbagai tawaran lakonan.
"Yang penting jangan sia-siakan kepercayaan dan peluang baharu ini. Teruskan melangkah ke hadapan dengan positif.
"Hebatnya dapat berlakon dengan Acha. Semoga terus berjaya dan sukses dalam segala urusan.
"Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Aliff dan dianugerahkan rezeki yang berpanjangan," tulis beberapa netizen.
Perkongsian tersebut sekali lagi membuktikan Aliff kini semakin rancak kembali mewarnai industri hiburan selepas tampil dengan pelbagai projek seni sejak kebelakangan ini.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada projek tersebut merupakan drama, telefilem atau filem, namun ramai berharap ia menjadi satu lagi langkah positif dalam perkembangan kerjaya seni Aliff.
0 Comments
|39 Views
No Comments yet
Be the first to comment.