Momen manis Fatima bersama Fattah, Fazura curi perhatian ramai
- #tempatan
- #hiburan
- #selebriti
- #baikdemianak
- #fatima
- #fattahamin
- #fazura
Nur Fatima Aisya berkongsi kegembiraannya apabila kedua-dua ibu bapanya, pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, meluangkan masa menghadiri sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima menyifatkan hari tersebut sebagai antara detik paling bermakna apabila dapat meraikan acara sekolah bersama mama dan ayah walaupun mereka sudah membawa haluan masing-masing.
"Satu untuk simpanan album. Saya melalui detik yang paling bermakna pada Sambutan Hari Kebudayaan tahun ini bersama mama dan ayah. Saya berjaya membuatkan mereka berdua bangga dengan persembahan saya.
"Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mama dan yogurt bersama buah-buahan untuk ayah," tulisnya.
Selain menyaksikan persembahan Fatima, Fattah dan Fazura turut meluangkan masa melihat hasil kraftangan yang dihasilkan anak mereka sepanjang sesi persekolahan.
Menurut Fatima, pengalaman itu turut menambahkan semangatnya untuk melangkah ke alam sekolah rendah pada tahun hadapan.
"Mama dan ayah turut berpeluang melihat hasil kraftangan saya di sekolah hari ini. Saya semakin teruja untuk terus belajar sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan.
"Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah, atas segala nikmat dan rezeki-Mu," tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Fattah dan Fazura yang terus meletakkan kebahagiaan Fatima sebagai keutamaan meskipun tidak lagi bersama.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|40 Views
No Comments yet
Be the first to comment.