MV Kesuma Siti Nurhaliza Dikritik, Peminat Dakwa Tidak Setanding Kehebatan Lagu
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #penyanyi
- #sitinurhaliza
- #ctdk
- #kesuma
- #mvdikritik
- #terlaluselesa
- #nombor1malaysia
Muzik video (MV) lagu Kesuma nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat sejak dilancarkan di platform YouTube pada 18 Jun lalu.
Walaupun ada yang memuji usaha dan persembahan visual ditampilkan, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat hasil akhir muzik video tersebut tidak mampu menandingi kekuatan lagu berkenaan.
Rata-rata peminat yang mengikuti perjalanan seni Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, mengakui mereka meletakkan harapan tinggi terhadap MV tersebut memandangkan lagu Kesuma dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri.
"Selaku peminat sejak di sekolah Clifford dulu, MV terbaru Kesuma amatlah mengecewakan ya, sungguh ekspetasi kita tinggi menggunung tetapi hasil diberikan.
"Padahal pakai pengarah yang sama untuk MV Temberang nyanyian Mimifly, mana silapnya?," tulisnya di Threads.
Selain itu, ramai berpandangan elemen koreografi yang terdapat dalam lagu berkenaan sepatutnya diberikan lebih penekanan kerana dianggap sebagai antara kekuatan utama yang mampu menarik perhatian penonton.
"Apa yang saya jangka daripada MV Kesuma nyanyian Biduanita Negara selama ini akhirnya tersasar. Kekuatan utama lagu ini sebenarnya terletak pada koreografinya, namun aspek itulah yang paling kurang dimanfaat secara visual.
"Tak ada cabaran tarian, tak ada unsur jawa-jawa. Penceritaan itu tak perlu pun sebenarnya," tulis netizen.
Dalam masa sama, terdapat juga peminat yang menyifatkan Kesuma sebagai sebuah karya berkualiti tinggi yang mempunyai identiti tersendiri serta layak berada dalam kelompok lagu ikonik Siti seperti Nirmala dan Badarsila.
Mereka bagaimanapun beranggapan muzik video yang dihasilkan masih berada dalam zon selesa dan tidak memberikan impak luar biasa seperti yang diharapkan.
"Saya menaruh harapan besar terhadap MV Kesuma namun ia masih dalam kolam selesa jenama Siti Nurhaliza. Bukan sekadar mengulangi resipi sama MV Rencong, Kaca dan Permata mahupun Beraya Dengan Saya.
"TokTi (panggilan Siti) dah terlalu selesa. Dia cuma perlu hidangkan yang 'biasa' dan peminat fanatik tetap akan tertarik kepadanya. Itulah kalau lagu lain aku boleh maafkan lagi, ini lagu Kesuma sebaris Nirmala dan Badarsila daripada segi keunikan dan kehebatan pembikanan lagu," tambah netizen.
Untuk rekod, lagu Kesuma merupakan hasil ciptaan Aisha Retno dan RADi, manakala muzik videonya diarahkan Hafiz Rashid.
Setakat artikel ini ditulis, muzik video Kesuma telah menghampiri 100,000 tontonan di YouTube hanya dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|5 Views
No Comments yet
Be the first to comment.