Nadia Brian, Nedim Putus Cinta
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #nadiabrian
- #nedim
- #bossned
- #putuscinta
Pelakon Nadia Brian mendedahkan ikatan yang terjalin selama dua bulan itu terhenti di tengah jalan dan reda dengan ketentuan takdir.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, bagaimanapun tidak mahu terlalu melayan perasaan sedih memandangkan tempoh perkenalan mereka masih berada di fasa awal.
"Kami sudah tidak ada apa-apa. Saya anggap hubungan kami ini tidak ada jodoh. Nak buat macam mana kan?
"Sebelum Ramadan lagi hubungan kami sudah putus. Sepanjang dua bulan perkenalan, saya anggap ia sesuatu yang menyeronokkan. Namun sudah ditakdirkan tiada jodoh," katanya.
Namun, hubungan cinta yang terputus di tengah jalan itu berakhir dalam keadaan harmoni tanpa sebarang sengketa.
Nadia dan bekas kekasihnya yang lebih dikenali sebagai Bossned tetap saling mendoakan kesejahteraan masing-masing.
"Kami pun putus secara baik. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia, termasuk juga dia yang doakan untuk kebahagiaan saya," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Nadia turut memberikan penjelasan mengenai beberapa hantaran di aplikasi Threads miliknya yang didakwa mempunyai unsur sindiran terhadap Nedim.
Tegas Nadia, setiap perkongsian yang dibuat hanyalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara spesifik.
"Saya tidak ada pun perli di Threads. Hantaran itu bukan berniat begitu," ujarnya.
Meskipun sekali lagi gagal dalam percintaan, Nadia menyifatkan kegagalan itu bukanlah penamat kepada segala-galanya.
"Walaupun saya sudah solo dan putus cinta, namun saya tidak akan serik untuk bercinta lagi. Saya tidak rasa trauma pun," ujarnya.
Jelas Nadia, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seni serta meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|41 Views
No Comments yet
Be the first to comment.