Nazim Othman Tak 'Halalkan' Aprena Tanggal Hijab Tapi Mohon Netizen Jaga Kata

PELAKON Nazim Othman tidak menyokong komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap rakan gandingannya, Aprena Manrose, yang kini tidak lagi berhijab.

Tegasnya, dia tidak menghalalkan perkara tersebut namun menyedari Aprena berada di fasa rapuh dan percaya keputusan yang dibuat oleh aktres tersebut bukannya mudah.

Nazim membuat penjelasan itu menerusi ruangan komen di akaun rasmi Melodi yang berkongsi video sesi fotografi drama terbaharu mereka berjudul Nur Untuk Ariff.

Dalam video berkenaan, Aprena tampil tanpa hijab sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan komen sinis daripada netizen.

"Assalamualaikum semua, semoga kalian berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sejak promosi drama ini keluar di media sosial, rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab.

"Ujian setiap manusia berbeza. Kami ada beberapa perbualan di set penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing. Ya, pelakon pun ada berbincang tentang perkara ini sesama sendiri," tulisnya.

Nazim berkata, dia mengakui mempunyai kebimbangan, namun berpandangan rakan gandingannya itu masih mempunyai pegangan walaupun berada dalam fasa rapuh.

"Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih ada pegangan cuma berada di fasa rapuh. Saya tidak cuba menghalalkan apa yang salah, cuma saya rasa ralat dengan komen-komen yang sinis.

"Dia berdiam diri, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu," katanya. 

Dalam masa sama, Nazim memohon orang ramai mendoakan perkara baik-baik buat Aprena, selain mengingatkan agar setiap individu turut merenung dan memperbaiki diri sendiri.

"Mohon doakan yang baik-baik untuknya, saya juga dan diri kalian sendiri. Semoga kebaikan berbalik kepada kalian juga," katanya.

Terdahulu penampilan Aprena mencuri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama Nur Untuk Ariff. 


Sumber: mStar



0 Comments

|

176 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content