Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan kehadirannya dalam siaran langsung membabitkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Ia selepas individu berkenaan meninggalkan komen mempertikaikan status iddah penyanyi lagu Eh itu.
“PU Rahmat sedang live dekat command centre Sumud sekarang. Tiba-tiba nampak Zizi dekat situ. Bukan dia dalam iddah ke?,” soalnya.
Hantaran berkenaan bagaimanapun menarik perhatian Zizi yang tampil membalas komen tersebut secara ringkas namun cukup tegas.
“Fokus sumud dik,” balasnya menerusi hantaran di Threads.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang dengan tindakan individu berkenaan yang sibuk mengambil tahu perihal isu peribadi Zizi.
Terdahulu, Zizi menerusi perkongsian di platform sama berharap, orang ramai tidak terbawa-bawa dengan perbalahan yang boleh menjejaskan fokus utama misi GSF.
Menurutnya, perhatian wajar dikembalikan kepada tujuan asal iaitu usaha kemanusiaan serta solidariti terhadap rakyat Palestin.
0 Comments
|13 Views
No Comments yet
Be the first to comment.