Noraniza Idris Akui Masih Belum Temui Penerus Seni Etnik Kreatif

Lebih tiga dekad memperjuangkan seni etnik kreatif dan warisan Melayu, penyanyi Datuk Noraniza Idris mengakui sehingga kini masih belum menemui individu yang benar-benar mampu meneruskan legasi perjuangannya.

Menurut Noraniza, 58, cabaran terbesar bukanlah mencari bakat baharu, sebaliknya individu yang sanggup berkorban dan mempunyai jiwa yang sama dalam memartabatkan seni warisan.

“Belum jumpa. Sebenarnya lagi kita masuk dalam lagi kita susah nak cari penerus ataupun pelapis yang ada jiwa macam kita. Kebanyakannya memanglah setengah orang dia nak buat sesuatu itu untuk nama. Tapi saya selalu letakkan nama saya ini di belakang berbanding dengan hasil yang kita bina itu.

“Tidak dinafikan, generasi pelapis seronok dengan apa yang kita buat. Tapi nak cari orang yang boleh berkorban macam apa yang kita buat itu susah,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Dikir Puteri itu, keadaan menjadi lebih mencabar apabila masih ramai penggiat seni memilih untuk menyimpan hasil penyelidikan dan pengalaman sendiri berbanding berkongsi ilmu dengan generasi baharu.

“Dan kebanyakannya kalau dah buat satu R&D misalnya, dia simpan untuk diri sendiri, tak berkongsi. Jadi macam mana anak-anak pelapis kita nak dapatkan input yang tepat kalau kita banyak bergantung kepada TikTok, banyak main untuk konten. Tapi dari segi ilmu yang sebenar itu tak tepat. Sebab itulah saya rasa kita kena buat pelbagai program seni begini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Noraniza berkata dia tetap optimis masih ada individu yang memiliki semangat sama, namun mungkin memilih pendekatan berbeza dalam memperjuangkan seni warisan.

Katanya, fokusnya kini bukan lagi mengejar populariti, sebaliknya memastikan ilmu serta nilai budaya Melayu dapat dipindahkan kepada generasi pelapis agar warisan tersebut terus dipelihara.

Sumber: Utusan



0 Comments

|

95 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content