Pelakon Ridani Ghani Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

Pelakon era 1990-an, Ridani Ghani disahkan meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser ovari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi Isnin ketika menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor.

Berita pemergian Ridani dikongsikan oleh rakan rapatnya, Yaya Maembong menerusi satu hantaran di Instagram.

"Assalamualaikum, saya baru menerima berita Ridani sudah meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan," katanya.

Menurut anak sulung Allahyarham, Muhammad Faris Syamir Jaafar, ibunya menghembuskan nafas terakhir ketika adiknya selesai menunaikan solat Subuh.

"Pagi tadi selepas Subuh, sekitar jam 7 pagi, adik telefon saya memaklumkan keadaan mommy (ibu).

"Memang setiap hari sekitar jam 6 pagi mereka akan tukar lampin pakai buang.

"Selepas itu, lebih kurang jam 6.30 pagi, mommy tidur semula sekejap dan adik menunaikan solat Subuh. Sebelum dia solat, mommy masih bernafas seperti biasa.

"Tetapi sebaik selesai memberi salam, dia berpaling dan mommy sudah tidak bernafas," katanya.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk dimandikan dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Untuk rekod, Ridani disahkan menghidap kanser ovari pada Oktober tahun lalu.

Pada Sabtu lalu, keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan rapi.

Sehari sebelum pemergiannya, Muhammad Faris memaklumkan ibunya ditempatkan di Wad Penjagaan Paliatif Hospital Selayang selepas berada dalam keadaan kritikal.

Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata iaitu Muhammad Faris Syamir Jaafar, 35, dan Muhammad Faiq Faisal Jaafar, 33.

Sumber: mStar



0 Comments

|

126 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content