Pengarah Labu Sudah Tiada

Pengarah, Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Selangor, petang semalam.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Wan Sleep ketika dihubungi media.

Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang di kediamannya di Taman Kuala Selangor Jaya, dipercayai akibat sesak nafas.

"Betul, arwah meninggal dunia sekitar pukul lima petang di rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya.

"Kemungkinan jenazah akan dikebumikan waktu pagi," katanya.

Berita duka itu turut dikongsikan beberapa penggiat seni tanah air termasuk sahabat karib Allahyarham, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin.

"Al-Fatihah buat arwah Labu. Pengarah drama Scammer, Budak Hostel Otaknya Sewel dan filem Malam Terlarang baru sahaja meninggalkan kita selepas Asar tadi.

"Jangan tanya saya macam-macam. Saya sendiri masih terkejut kerana baru menerima berita ini. Sebarang perkembangan saya akan maklumkan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," katanya menerusi hantaran media sosial.

Sementara itu, ramai rakan artis dan anak seni turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang insan mesra dan mudah didekati.

"Walaupun kami pernah merancang untuk bekerjasama namun tidak kesampaian, saya tetap akan mengenang arwah sebagai insan yang baik dan sangat menghormati orang lain," kata pelakon Nur Fazura.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham sempat mengarahkan filem seram Malam Terlarang yang ditayangkan pada Oktober tahun lalu selain bertugas sebagai pengarah sinematografi untuk filem Sangkar (2019), Talbis Iblis (2022) dan Don Dukun (2024).

Allahyarham turut menyumbang khidmat di belakang tabir menerusi beberapa drama seperti Budak Hostel Otaknya Sewel (2023), X-Change (2024), First Wives (2025) dan Kelas Belakang yang ditayangkan tahun ini.



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content