Perbicaraan Kes Rasuah Bung Moktar, Zizie Izette Tangguh Januari Tahun Depan

Perbicaraan bela diri melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, pelakon Datin Seri Zizie Izette A Samad, berhubung tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, ditangguhkan ke Januari tahun depan.


Penangguhan itu dibuat selepas Mahkamah Sesyen mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.


Hakim Rosli Ahmad memutuskan prosiding yang sepatutnya dijalankan pada 27 November dan 3 Disember, akan disambung pada 12 hingga 14 Januari 2026.


Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly Mohd Zamry, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan telah menyerahkan surat permohonan penangguhan pada 4 November lalu.




"Pembelaan memohon penangguhan perbicaraan atas alasan PRN17 yang akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.


Mahkamah turut menangguhkan perbicaraan kes bersubahat yang dihadapi Zizie Izette berkaitan pertuduhan sama.


Pada prosiding berikutnya, pihak pembelaan dijangka memanggil Zizie Izette sebagai saksi untuk memberi keterangan.


Mengikut pertuduhan, Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, didakwa menerima suapan berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan meluluskan pelaburan Felcra sebanyak RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad pada tahun 2015.


Beliau didakwa menerima wang berkenaan daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, melalui isterinya dan akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama Zizie Izette.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.


Zizie Izette turut berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam transaksi di lokasi, tarikh dan masa yang sama.



Sumber: Sinar Harian



0 Comments

|

397 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content