Pulang Dari Haji, Lisa Surihani Titip Doa Buat Semua

Pelakon Datin Lisa Surihani meluahkan rasa syukur selepas selamat menunaikan ibadah haji dan kembali ke tanah air, selain berterima kasih atas doa serta sokongan yang tidak putus-putus diterimanya sepanjang berada di Tanah Suci.

Menurut Lisa, segala doa yang dititipkan orang ramai amat dihargai dan dia berharap setiap kebaikan yang diberikan akan dikurniakan balasan berlipat ganda oleh Allah SWT.

“Kepada semua yang sudi dan juga dengan ikhlasnya doa untuk saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas kesudian.

“Apa yang didoakan kepada saya, saya mendoakan dan ia berbalik kepada anda semua berganda-ganda,” katanya.

Dalam masa sama, isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu turut menitipkan doa buat seluruh jemaah haji agar ibadah yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan haji yang mabrur.

“Moga Allah kurniakan kami haji yang mabrur dan juga menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman menunaikan rukun Islam kelima itu, Lisa menyifatkan ibadah haji sebagai satu perjalanan yang sangat istimewa dan bersifat peribadi kerana setiap individu melalui nikmat serta ujian yang berbeza sepanjang berada di Tanah Suci.

“Unik di sini maksud saya adalah nikmat dan mujahadah bagi setiap seseorang itu berbeza-beza bergantung kepada setiap manusia.

“Jadi kerana itu dia amat personal dari segi proses, ubudiah dan hubungan bersama Allah SWT,” katanya.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu turut mendoakan agar mereka yang menyimpan hasrat untuk menunaikan haji suatu hari nanti diberikan peluang dan jemputan daripada Allah SWT.

“Bagi mereka yang berhasrat dan ingin menunaikan haji, saya doakan sangat-sangat Allah menjemput kalian,” katanya.

Terdahulu, Lisa selamat pulang ke Malaysia selepas kira-kira sebulan berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Sebelum ini, beliau berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian selepas rayuan visa haji suaminya, Yusry, dilaporkan tidak diluluskan.



0 Comments

|

4 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content