Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah kepada umum meskipun mereka sering menjadi perhatian netizen.
Menurut Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, dia lebih selesa sekiranya mereka tidak kerap muncul di media sosial atau terlibat secara aktif dalam dunia hiburan.
"Saya tidak suka terlalu mendedahkan anak-anak. Kalau sekadar muncul sedikit, seperti dalam iklan televisyen (TVC) dan tidak kerap, itu masih boleh diterima.
"Namun, jika terlalu terdedah saya rasa kurang selesa. Saya pula memang setiap hari membuat siaran langsung, jadi kalau anak-anak muncul sekejap untuk ucap 'hai' itu tidak mengapa.
"Cuma jika terlalu kerap dan berlebihan, saya tidak suka," katanya.
Sarah berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan sesi question and answer (Q&A) daripada netizen menerusi Instastory miliknya pada malam Jumaat.
Sebelum itu, seorang netizen bertanya sama ada Sarah terbuka sekiranya Syaikhul dan Sumayyah mengikut jejak langkahnya sebagai artis pada masa hadapan.
Berkongsi lanjut, Sarah berkata dia lebih mengutamakan aspek pendidikan, malah aktres itu turut berkongsi cita-cita anak-anaknya ketika ini.
"Bagi saya, pendidikan anak-anak sangat penting.
"Kalau boleh, saya mahu Sumayyah menjadi doktor, manakala abang minat dalam bidang kejuruteraan," ujarnya.
Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul, 9, dan Sumayyah, 8 tahun.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|136 Views
No Comments yet
Be the first to comment.