Rawi MS Meninggal Dunia, Sempat Panggil Isteri Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir

Pelakon dan penerbit veteran Rawi MS dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 3.30 pagi Jumaat di kediamannya di Kuala Lumpur.


Berita pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Mohd Rawi Mohd Said disahkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez.

Menurut Sandakiah, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham dipercayai mengalami serangan semput dan sempat memanggil isterinya, Zarela Abdul Kadir, untuk membantunya.

"Semasa dipanggil, isterinya Zarela Abdul Kadir dapati ubat bancuh nebuliser suaminya sudah habis, jadi dia menyapu ubat sapuan di dada dan belakang badannya.

"Selepas itu dia pergi membasuh tangan dan dapati suaminya dalam keadaan nazak lalu segera hubungi jirannya tapi tak berjawab.

"Panggilan kedua barulah ada orang jawab dan hadir untuk membantu," katanya.

Selain menghidap asma, Allahyarham juga difahamkan mempunyai masalah jantung serta hernia.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Jumaat.

Sepanjang pembabitannya dalam industri seni, Allahyarham pernah membintangi pelbagai drama antaranya Remuk, Kecoh Kahwin dan Dilema Dania.

Sumber: mStar



0 Comments

|

185 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content