RTM Nafi Azlan Johar Direhatkan Selepas Sertai PAS

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan dakwaan bahawa bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan daripada tugas sebagai pengulas Piala Dunia 2026 susulan penyertaannya dalam PAS.

Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail berkata, dakwaan tersebut tidak berasas kerana Azlan masih diberi peluang untuk terlibat dalam siaran rasmi RTM sepanjang kejohanan berlangsung.

Menurut beliau, Azlan sendiri muncul sebagai pengulas bagi perlawanan antara Brazil dan Maghribi yang disiarkan semalam.

“Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan penyertaan Azlan dalam parti itu pada 13 Jun lalu.

“Bagaimanapun, semalam beliau tetap muncul sebagai pengulas untuk perlawanan Brazil menentang Maghribi dan jemputan itu datang daripada pihak RTM sendiri,” katanya.

Ashwad turut menjelaskan bahawa Azlan tidak terikat dengan sebarang kontrak tetap untuk mengulas kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026.

Sebaliknya, RTM mempunyai hak untuk memilih dan menjemput mana-mana pengulas jemputan mengikut kesesuaian sepanjang kejohanan berlangsung.

“RTM berhak menjemput pengulas lain dari semasa ke semasa sepanjang temasya ini.

“Pada masa yang sama, individu lain juga mempunyai peluang dan hak untuk terlibat sebagai pengulas jemputan bagi edisi Piala Dunia kali ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Takiyuddin mengenai sama ada ketiadaan Azlan dalam beberapa siaran mempunyai kaitan dengan penglibatannya dalam PAS.

Sebelum ini, isu berkenaan menjadi perhatian selepas timbul dakwaan bahawa Azlan tidak lagi ditugaskan sebagai pengulas RTM sejurus selepas diumumkan menyertai parti politik tersebut.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content