Salam Takziah: Along Eyzendy Meninggal Dunia

Pelakon Along Eyzendy, 47, menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang pada pukul 12.16 tengah malam tadi selepas tiga hari bertarung nyawa.


Khabar duka itu disahkan oleh isterinya iaitu Hamidah Mohd Yatim yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.


Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.


Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum disyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.


Pada 15 April 2021, Along juga pernah menjalani pemindahan buah pinggang yang didermakan isterinya.


Namun setahun kemudian penggiat seni asal Ipoh, Perak itu sudah kembali aktif berlakon.


Menyingkap latar belakangnya, Along lebih dulu cenderung dalam arena muzik sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.


Allahyarham pernah membintangi filem terkenal seperti Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dan Mat Moto.


Difahamkan, urusan mandi jenazah akan disempurnakan di hospital sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Pasir Gudang, Johor.


Sumber: Kosmo! Online, mStar



0 Comments

|

264 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content