Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, pelawak dan bekas penyampai radio, Salih Yaacob, 64, mengakui tidak pernah mendapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak dalam industri hiburan termasuk stesen penyiaran.
Salih berkata, dia juga tidak kisah sudah dilupakan berikutan keadaan diri yang kurang sihat selain menyedari masanya sudah berlalu kerana ramai generasi muda yang mengambil alih.
"Tawaran tak ada (dalam kerja penyiaran radio). Tak apa, tak payahlah. Biarlah dia lupakan. Saya tak nak, saya pun dah sakit, Buat apa lagi dah.
"Kalau dipanggil (untuk kerja) pun tak seberapa. Bukan cara kita kerja macam itu. Dulu bila kita kerja, tiap-tiap bulan. Sekarang sudah macam ini.
"Mereka (stesen penyiaran) pun tak telefon, tak mahulah kacau. Ketika ini pun banyak orang baharu (generasi muda), kita tak sama (cara kerja) dengan dia," katanya.

Salih banyak berehat di rumah.
Menurut Salih, dia sudah lama tidak bekerja dan hanya berehat di rumah sahaja kerana sudah semakin berusia.
"Saya pun dah tak ada apa-apa lagi yang nak dicari. Jaga kesihatan diri sahajalah, jaga pemakanan. Kita pun dah tua-tua ni, biasalah tiba masa akan sakit.
"Kawan-kawan lama pun dah ramai yang pergi (meninggal dunia) dah. Itulah dia bahagian hidup masing-masing. Tengok kawan-kawan dah ramai tak ada," katanya.
Salih pernah meraih populariti dalam lakonan dan nyanyian pada era 1980-an bersama Allahyarham Mr Os menerusi filem Jejaka Perasan, Keluarga 99, Mr Os, Awang Spanar dan banyak lagi.

Salih dimasukkan ke Hospital Ampang, baru-baru ini.
Pernah berkahwin empat, Salih kini masih memiliki tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 60, Norfara Wahida Sulaiman, 46, dan Samihah Sheikh Amy, 39.
Bagaimanapun, Salih bersama isteri keduanya iaitu Norraha Hamat, 56, sudah bercerai pada 2016.
Hasil perkongsian hidup dengan empat isteri sebelum ini, Salih dikurniakan 12 cahaya mata dan sekarang dia juga sudah memiliki 18 orang cucu.
Baru-baru ini, Salih dimasukkan ke Hospital Ampang untuk menjalani rawatan akibat penyakit darah tinggi.
SUMBER: HARIAN METRO
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|192 Views
No Comments yet
Be the first to comment.