Sambal Udang Petai RM9.90, Ajak Shiro Nafi Harga Lauk Di Kedainya Mahal

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa harga sambal udang di kedainya terlalu mahal.


Menjelaskan perkara itu, Ajak berkata harga lauk tersebut bergantung kepada bahan yang digunakan, termasuk petai yang turut dimasukkan dalam sambal berkenaan.


"Kalau nak kata mahal, nasi padang saya bermula dengan RM5 saja. Lauk pula sekitar RM4 hingga RM7. Tapi kalau udang memang sedikit mahal sebab guna bahan seperti petai.


Kalau daftar sebagai ahli ('member'), insya-Allah boleh dapat harga lebih murah," katanya.



Dakwaan pelanggan


Menurut Ajak, set lengkap nasi padang di kedainya dijual sekitar RM11.90 hingga RM14.90, bergantung kepada pilihan lauk pelanggan.


Tambahnya, dia sentiasa terbuka menerima sebarang komen dan teguran daripada pelanggan demi menambah baik mutu perkhidmatan kedai yang sudah beroperasi hampir setahun.


"Saya tak marah kalau pelanggan bagi pandangan atau teguran. Itu peluang untuk saya perbaiki lagi," ujarnya.



Ajak Shiro beri penjelasan lauk mahal di Bumbu Babah


Sikap tenang dan terbuka Ajak dalam menangani kritikan turut dipuji ramai, malah dianggap contoh positif bagi usahawan lain agar tidak cepat melatah dengan aduan pelanggan.


Isu lauk mahal mula tercetus selepas seorang pelanggan memuat naik ketidakpuasan hatinya menerusi Threads. Dia mendakwa dikenakan bayaran RM9.90 untuk menu tambahan sambal udang, namun hanya menerima empat ekor udang bersaiz kecil, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet.


SUMBER: GEMPAK



0 Comments

|

244 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content