"Saya Tak Akan Biarkan Diri Terus Ditanam" - Remy Ishak Bangkit Lawan Gangguan Misteri

Pelakon Datuk Remy Ishak menegaskan dirinya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni meskipun pernah berdepan pengalaman sukar apabila didakwa menjadi mangsa gangguan mistik sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 44, ujian tersebut sememangnya memberi kesan besar terhadap kehidupan dan kerjayanya, namun dia enggan terus mengalah atau membiarkan dirinya tenggelam dengan keadaan itu.

"Saya ini pejuang! Memang ada rasa nak putus asa, tetapi dah masuk dua kaki dalam dunia ini, takkan nak tinggalkan begitu sahaja.

"Nak 'come back' mungkin ambil masa sedikit. Saya tidak akan biarkan diri terus 'ditanam'," katanya kepada mStar.

Pelakon filem Pulang itu berkata, walaupun sudah menjalani pelbagai ikhtiar dan rawatan, ada ketikanya dia masih merasakan kesan gangguan tersebut sehingga menjejaskan keyakinan diri.

"Sehingga hari ini pun masih berlaku. Kadang-kala apabila bercakap dengan orang, saya hilang keyakinan. Otak jadi tak boleh nak berfikir.

"Laluan saya seperti ditutup. Apa yang boleh saya buat hanya bertenang sahaja," ujarnya.

Dalam masa sama, Remy menganggap apa yang berlaku sebagai satu bentuk ujian yang perlu dihadapi dengan sabar selain melihatnya sebagai ruang untuk memperbaiki diri.

"Saya selalu positif. Ada perkara yang saya tidak jaga sehingga mungkin Allah izinkan ini berlaku kepada saya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri," katanya.

Berkongsi mengenai naskhah terbaharunya, Remy mengakui watak Awang dalam filem seram Khadam memberi cabaran tersendiri sehingga sukar untuk dia keluar daripada karakter tersebut sepanjang penggambaran.

"Dalam tempoh penggambaran, saya menjadi Awang. Tak boleh nak lepaskan. Kalau lepas, susah nak cari semula.

"Jadi saya bertahan dalam watak itu sepanjang penggambaran. Saya tak pandai nak 'on' dan 'off' di lokasi," kongsinya.

Selain Remy, filem arahan Shamyl Othman itu turut dibintangi Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl El dan pelakon Indonesia, Aghniny Haque.

Khadam dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 11 Jun ini.

Sumber: mStar



0 Comments

|

10 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content