"Selamat Datang" - Kekasih Ben Amir Peluk Islam

Pelakon dan model, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkongsi satu detik bersejarah apabila kekasihnya yang berasal dari Filipina telah memeluk agama Islam. 


Ben berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi. 


"Selamat datang ke agama Islam. Ambillah masa untuk belajar perlahan-lahan dan hayati keindahannya. Ketahuilah, kamu tidak pernah bersendirian," tulisnya di ruangan kapsyen. 



Dalam hantaran sama, turut kelihatan rakaman wanita itu memegang dokumen bertulis 'Maklumat Masuk Islam' ketika proses pengislaman di premis Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur. 


Netizen pantas membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan turut gembira perkongsian berkenaan.


"Masya-Allah, indahnya hidayah. Semoga hubungan mereka diberkati dan terus ke arah kebaikan," tulis seorang peminat.


"Tahniah Ben, ini macam dah satu langkah ke fasa bahagia!" kata warganet yang lain.


Difahamkan, pasangan ini telah mengenali satu sama lain kira-kira dua tahun lalu.



0 Comments

|

291 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content