Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Shahronizam Noor, 53, disahkan menghidap kanser tahap dua berdasarkan keputusan biopsi ketumbuhan scapula atau tulang belikat.
Perkara itu dikongsikan oleh isterinya, Safura,53, menerusi kiriman suara di WhatsApp memaklumkan dia dan Shahronizam baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengetahui keputusan makmal berkenaan.
"Assalamualaikum, hari ini kami balik dari hospital dan dah dapatlah biopsi daripada pembedahan itu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua.
"Bagaimanapun, keadaan tulang dalam itu (ketumbuhan dialami) adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik dan disebabkan itu dia (Shahronizam) perlu membuat rawatan radioterapi dulu.
"Shahronizam akan mula buat radioterapi pada hujung tahun (Disember ini) sebanyak 33 kali dan selepas itu kita tengok keputusannya macam mana," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Shahronizam sendiri pernah memaklumkan dia reda dengan apa juga keputusan makmal terhadap ketumbuhan dialaminya meskipun itu adalah kanser.
Katanya, dia juga sudah bersedia menjalani radioterapi sekiranya itu memang kanser kerana ia bahagian ujian masing-masing yang ditetapkan oleh Allah.
"Kalau keputusannya positif kanser, saya terpaksa ada buat rawatan mungkin radioterapi. Sekarang ini, saya reda sahaja.
"Benda dah jadi, rezeki kita dan bahagian kita. Saya terima apa yang sudah ditetapkan Allah kerana pengakhirannya, kita semua akan mati juga, Tapi selagi hidup kita ikhtiar dan berubat," katanya.
Pada Ogos lalu, Shahronizam melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ampang dan kemudian kes kesihatannya dirujuk pula ke Hospital Ampang.
Pada 12 September pula, Shahronizam menjalani proses ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Ampang dan seterusnya dia dirujuk ke HKL.
SUMBER: HARIAN METRO
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|163 Views
No Comments yet
Be the first to comment.