Siti Nurhaliza, Aliff Syukri antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi

Siti (dua kiri) hadir pada majlis anjuran LZS dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor. - FOTO NSTP Faiz Anuar
Siti (dua kiri) hadir pada majlis anjuran LZS dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor. - FOTO NSTP Faiz Anuar

KUALA LUMPUR: Penghibur tersohor yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menjadi antara usahawan wanita tempatan yang membayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Selain Siti, seorang lagi usahawan terkenal yang tidak pernah culas membayar zakat perniagaan kepada LZS adalah Datuk Seri Aliff Syukri menerusi empayarnya, D' Herbs Holdings Sdn Bhd.

Siti berkata, zakat adalah perkara wajib yang perlu dilunaskan sebagai tanggungjawab sesama Muslim dan juga dapat menenangkan hati.

"Alhamdulillah, setakat ini menerusi CTDK Holding saya tidak pernah culas membayar zakat untuk perniagaan. Begitu juga pembayaran zakat pendapatan perseorangan. Saya tunaikannya setiap tahun.

"Malah, saya juga memang selalu pastikan apabila sampai tempoh untuk bayar, saya terus melunaskannya segera sebab zakat adalah perkara wajib dilakukan," katanya.

Menurut Siti lagi, dalam Islam juga sudah diberitahu mengenai pembayaran zakat itu untuk menyucikan harta benda kita.

"Setiap hasil wang diperoleh dalam perniagaan diusahakan kita, termasuk pendapat perseorangan ada hak orang lain juga sebenarnya. Jadi, kita memang kena bayar zakat tanpa culas.

"Sebenarnya sejak ada syarikat perniagaan sendiri dan sebelum berkahwin lagi, saya sudah membiasakan diri membayar zakat setiap tahun," katanya.

Semalam, Siti hadir pada majlis minum petang anjuran LZS dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor di Shah Alam sekali gus menyerahkan sumbangan zakat daripada pihaknya.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli ke majlis itu.

Majlis berkenaan menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM6,123,299.05 oleh 22 syarikat korporat kepada LZS, sekali gus memperkukuh peranan korporat dalam menunaikan tanggungjawab zakat di Selangor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari, dalam ucapannya berkata, LZS optimis mencapai sasaran kutipan zakat keseluruhan tahun 2025 berjumlah RM1.328 bilion, termasuk RM205 juta daripada zakat perniagaan.

"Sehingga kini, LZS menerima lebih RM117 juta zakat perniagaan daripada 8,500 syarikat. Angka ini memberi petanda positif bahawa kesedaran korporat semakin meningkat. Setiap sen zakat bukan sekadar angka, tetapi amanah dan harapan buat lebih 78,000 keluarga asnaf di Selangor yang memerlukan sokongan asas dalam kehidupan mereka," ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi YRMS, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Ambrin Buang; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris serta barisan pemegang amanah YRMS.


Sumber Rujukan: Berita Harian



0 Comments

|

310 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content