Syafiq Kyle Teguh Jaga Batas, Tak Mahu Bercuti Berdua Sebelum Nikah

Pelakon Mimi Lana mendedahkan suaminya, Syafiq Kyle, sangat menjaga batas pergaulan sepanjang tempoh mereka bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, dia pernah mengajak Syafiq bercuti bersama namun pelawaan tersebut ditolak kerana aktor itu enggan melanggar prinsip yang dipegang.

"Pernah saya ajak dia pergi bercuti bersama ketika masih bercinta, tetapi dia tak mahu.

"Dia cakap selagi kami belum berkahwin, dia tak selesa untuk pergi melancong berdua dengan saya," katanya menerusi program audio siar Sembang Seram.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Polong itu berkata pengalaman mengembara bersama menjadi jauh lebih bermakna selepas mereka sah bergelar suami isteri.

"Bila dah berkahwin, barulah saya rasa seronok dapat melancong bersama dia tanpa perlu fikir apa-apa," ujarnya.

Dalam masa sama, Mimi mengakui persepsinya terhadap Syafiq turut berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Katanya, sepanjang sembilan tahun bercinta, Syafiq bukan seorang yang gemar menunjukkan kasih sayang menerusi hadiah atau kejutan istimewa.

"Dulu saya selalu fikir dia agak kedekut sebab jarang sangat bagi bunga atau hadiah.

"Malah hari jadi saya pun kadang-kadang dia terlupa. Alasannya mudah, kami belum berkahwin lagi," katanya.

Bagaimanapun, selepas bergelar suami isteri, layanan Syafiq berubah dan lebih terbuka dalam memenuhi kehendak serta keperluannya.

"Saya sangka kalau sebelum kahwin dia begitu, selepas kahwin pun sama. Rupanya tidak.

"Sekarang apa yang saya perlukan, dia akan cuba tunaikan. Sebab itu saya rasa sangat bertuah," katanya.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian netizen yang memuji sikap Syafiq kerana tetap menjaga adab dan batas perhubungan meskipun sudah lama menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 14 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Taiping, Perak.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content