Tak berpeluh tak seronok! Amy Search kekal aktif pada usia 67 tahun

"Tak berpeluh memang tak seronok."

Itu pengakuan penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search yang menganggap aktiviti fizikal sebagai rutin wajib dalam kehidupannya walaupun kini sudah berusia 67 tahun.

Bagi Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, usia bukan alasan untuk berehat sepanjang hari di rumah, sebaliknya dia memilih untuk terus aktif bagi memastikan tahap kecergasan dan stamina sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Kena cergas, ada orang rasa dia dah pencen mahu relaks di rumah tapi saya tidak.

"Saya hari-hari mesti berpeluh. Berbasikal solo, hiking atau main pickleball.

"Hari-hari mesti nak berpeluh. Tak peluh jadi tidak seronok," katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada pertandingan Pickleball 5 Bomoh baru-baru ini.

Selain bersenam, pelantun lagu Isabella itu turut menitikberatkan pengambilan makanan tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan dalaman.

Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan beberapa bulan lalu menunjukkan keadaan tubuhnya masih berada dalam keadaan baik.

"Suplemen sangat penting untuk saya. Setakat ini, doktor periksa beberapa bulan lalu, semuanya baik.

"Kolestrol saya baik, jantung bagus dan doktor kata saya macam 45 tahun," ujarnya.

Amy pada masa sama mengakui semakin peka terhadap soal kesihatan selepas memasuki usia 50 tahun, lebih-lebih lagi selepas sering diingatkan oleh isterinya mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

"Saya rasa sejak saya berusia 50 tahun dah buat pemeriksaan kesihatan.

"Selalu isteri saya cakap umur macam saya kena selalu periksa, kena selalu ambil vitamin," katanya.

Dalam perkembangan sama, Amy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah soal kesihatan dan melakukan saringan awal bagi mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi lebih serius.

"Kalau seseorang jarang buat pemeriksaan kesihatan, dia takut kalau tiba-tiba ada sesuatu kan. Tapi nasihat saya kepada orang di luar sana, lebih baik buat pemeriksaan kesihatan.

"Jangan sampai benda dah hinggap (sakit) baru nak pergi. Pastikan hindari perkara tersebut," jelasnya.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content