"Tak Habis Lagi Perempuan Ini" - Dayini Berang Isu Aman Masih Bekerja

Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil melepaskan kemarahan dipercayai terhadap ibu tirinya, Reena Arina, menerusi media sosial.

Hantaran dibuat Dayini, 28, itu dipercayai susulan penjelasan yang diberikan isteri kepada pelakon Aman Graseka berhubung dakwaan suaminya dipaksa bekerja walaupun kurang sihat.

Meskipun tidak menyebut nama secara langsung, kenyataan dimuat naik di Threads pada malam Sabtu itu jelas memperlihatkan rasa tidak puas hati Dayini terhadap perkara berkenaan.

"Tak habis lagi perempuan ini. Aku cakap jangan kerah bapa aku bekerja.

"Kau ini dari dulu bodoh, tak pernah bijak. Bila masa aku cakap kau dera bapa aku? Kau jangan nak bagi aku mula.

"Kau membuka pekung sendiri dengan buat siaran langsung. Kau yang beritahu orang, bukannya aku. Makin tua makin benak," tulisnya.

Dalam masa sama, Dayini turut menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk meraih perhatian menerusi kemelut keluarga yang sedang diperkatakan ramai.

"Aku tidak cari publisiti. Jadi kau pun jangan nak tumpang sekaki.

"Tidak semua orang dalam siaran langsung kau pertahankan kau. Semua nak tengok kebodohan kau sahaja," katanya.

Sebelum ini, Dayini mendedahkan dia sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan bapanya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia masih mengikuti perkembangan semasa Aman menerusi maklumat yang diperoleh daripada individu lain.

Malah, Dayini turut melahirkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan bapanya yang didakwa masih bekerja walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.

Terdahulu, Reena tampil menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video di TikTok selepas timbul dakwaan kononnya dia memaksa Aman yang menghidap diabetes untuk bekerja bagi menyara keluarga.

Menurut Reena, kehadiran Aman di tapak jualan bukanlah untuk bekerja, sebaliknya hanya menemaninya berniaga kerana bimbang akan keselamatannya jika keluar seorang diri.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Aman Graseka dan Mas Idayu sebelum pasangan itu bercerai pada 2006.



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content