Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil menjelaskan isu kononnya berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan salah seorang kakitangan jenama yang diwakilinya.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, menegaskan kekecohan yang tular sebelum ini berpunca daripada tindakan segelintir netizen menyerang tanpa usul periksa.
"Alhamdulillah kami sudah dapat selesaikan perkara ini dengan baik. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.
"Semua ini berlaku sebab ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tidak sepatutnya terhadap Ami dan kemudian yang lain turut sama mengecam tanpa menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella turut memuat naik foto bersama individu terbabit serta ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Menolak dakwaan wujudnya orang ketiga dalam hubungan mereka, Bella menegaskan kakitangan berkenaan juga sudah berpasangan dan bukan individu bujang.
"Tidak ada istilah 'sondol-menyondol' kerana dia pun sudah bersama dengan #BASS sejak awal lagi (dan dia pun bukan single ya)" katanya lagi.
Dalam masa sama, Bella turut memohon agar netizen menghentikan kecaman terhadap individu dikenali sebagai Kak Tasha yang menurutnya tidak terlibat langsung dalam isu berkenaan.

"Saya juga minta hentikan kecaman terhadap Kak Tasha sebab perkara ini sudah melibatkan ahli keluarga.
" Ia sangat tidak adil kerana mereka tiada niat jahat pun.
"Jadi marilah kita semua teruskan ke depan dan bersikap baik sesama manusia. Kami semua baik-baik sahaja," ujarnya.
Terdahulu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya hubungan Bella dan Syed Saddiq diganggu orang ketiga yang dikatakan rapat dengan mereka.
Spekulasi itu tercetus di laman Threads apabila peminat mendakwa ibu Syed Saddiq lebih menyenangi wanita terbabit, selain dilihat beberapa kali memuat naik gambar bersama.
Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat selepas bergandingan sebagai duta beberapa jenama.
SUMBER: IG BELLA ASTILLAH
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|211 Views
No Comments yet
Be the first to comment.