Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan tidak akan sesekali membenarkan Israel mengilhakan wilayah Tebing Barat.
Penegasan itu sekali gus menolak gesaan sebahagian ahli politik sayap kanan rejim Zionis yang mahu menuntut perluasan kedaulatan ke kawasan itu, termasuk berhasrat hendak memadamkan harapan sebuah negara Palestin.
Pengilhakan atau aneksasi (annexation) merupakan tindakan pentadbiran dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa atau haram oleh negara lain.
"Saya tidak akan benarkan Israel pisahkan Tebing Barat. Tidak, saya tidak akan benarkan. Ia tidak akan berlaku.
"Sudah cukup. Masa untuk hentikan sekarang," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.
Trump membuat kenyataan itu ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tiba di New York untuk menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Tiada reaksi segera daripada penjabat Netanyahu berhubung kenyataan daripada Trump.
Sebelum ini wujud rancangan penempatan Israel yang dikecam ramai, dikenali sebagai projek E1 yang bakal 'membelah' Tebing Barat yang diduduki dan memutuskan hubungan dengan Baitulmaqdis Timur.
Rancangan itu dikatakan sudah pun menerima kelulusan akhir pada bulan lalu, menyaksikan projek terbabit akan merentasi tanah dituntut Palestin untuk negara mereka.
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, seorang pemimpin ultra-nasionalis dalam gabungan kanan yang mengekalkan kedudukan Netanyahu sekarang, pernah berkata bahawa negara bernama Palestin sedang dihapuskan hari meja rundingan.
Negara Arab dan Islam turut memberi amaran kepada Trump dalam satu pertemuan awal minggu ini, mengenai akibat buruk sebarang pemisahan wilayah Tebing Barat.
Kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, ia satu mesej yang sangat mudah difahami.
Netanyahu ketika ini berdepan tekanan sekutu untuk merampas Tebing Barat, lantas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Arab.
Beberapa daripada mereka turut mengadakan pertemuan dengan Trump kelmarin di sela-sela Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Perancis, Britain, Kanada, Australia dan Portugal antara negara yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, sebahagiannya mahu memastikan penyelesaian dua negara terus tidak terkubur.
Bagaimanapun, Israel mengecam tindakan negara berkenaan. - REUTERS
Sumber rujukan: https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2025/09/1450557/trump-ikrar-tidak-benarkan-israel-ilhak-tebing-barat
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|221 Views
No Comments yet
Be the first to comment.